web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: 4,816 Kes Baharu, 9 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 10:56AM

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 semalam dengan 2,249 kes dilaporkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 4,816 kes semalam, berbanding 3,880 kes kelmarin.

Angka baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia adalah 4,648,931 kes setakat semalam.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,814 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 semalam, iaitu 2,249 kes, disusuli Kuala Lumpur (1,031), Perak (324), Sabah (243), Negeri Sembilan (214), Pulau Pinang (186), Melaka (117) dan Kedah (115).

Johor pula mencatatkan 85 kes, Putrajaya (65), Pahang (56), Sarawak (53), Kelantan (32), Terengganu (19), Perlis (9) dan Labuan (1).

Kes kematian membabitkan jangkitan virus itu semalam adalah sembilan kes, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), iaitu masing-masing tiga kes di Kedah dan Perak, selain satu di Melaka, Sarawak serta Selangor.

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat pandemik berkenaan meningkat kepada 35,911 kes, termasuk 7,623 kes BID.

Sebanyak 49,547 kes aktif direkodkan setakat semalam dengan 47,932 kes atau 96.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 31 kes (0.1 peratus) ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,535 kes (3.1 peratus) menerima rawatan di hospital.

Manakala 49 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripada jumlah itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data menunjukkan, 3,928 kes sembuh direkodkan semalam, menjadikan sebanyak 4,563,473 kes pulih dicatatkan sejak virus itu direkodkan di Malaysia. – Getaran, 24 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan