web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Khalid Dirawat Di ICU, Keluarga Mohon Diberikan Ruang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 3:54PM

Abdul Khalid Ibrahim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dekat sini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dekat sini.

Perkara tersebut dikongsi di Facebook milik mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, hari ini.

Menurut perkongsian itu, keluarga Abdul Khalid melahirkan penghargaan atas keprihatinan kenalan rapat yang berhasrat untuk datang berziarah.

“Kami menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan, 

namun memandangkan keadaan Tan Sri yang sangat sensitif terhadap persekitaran luar, pihak hospital telah mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

“Jumlah pelawat juga terhad dan kami dahulukan ahli keluarga sahaja,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Pada masa sama, kenyataan tersebut turut memaklumkan keluarga Abdul Khalid memohon agar diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan situasi begini.

“Marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan Tan Sri pulih seperti sediakala dan keluarga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam menghadapi ujian besar ini.

“Sekali lagi admin (pengendali) memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini,” katanya.

Khamis lalu, Faekah Husin yang juga mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, memohon orang ramai mendoakan kesihatan Abdul Khalid.

Abdul Khalid sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.

Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Bagaimanapun beliau dipecat sebagai Menteri Besar Selangor oleh PKR sebelum kerusi panas itu diisi mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad