web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CPI: Pemimpin Politik Selar KP SPRM, Gesa Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 9:32AM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)  menerima kecaman ramai.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Azam bahawa CPI negara yang merudum hanya persepsi dan bukan kedudukan sebenar keadaan rasuah di Malaysia, adalah untuk mempertahankan rekodnya.

Rafizi Ramli - Gambar fail
Rafizi Ramli - Gambar fail

Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu, sejak Azam menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya pada 2020, kedudukan Malaysia terus menurun dari tempat ke-62 pada 2017, 61 (2018), 51 (2019), 57 (2020) dan 62 (2021).

"CPI membandingkan tanggapan masyarakat mengenai berleluasanya amalan rasuah di sektor awam, melibatkan 180 buah negara seluruh dunia. 

"Pada kedudukan terkini di paras 62 dari 180 buah negara, ia membayangkan rakyat Malaysia merasakan amalan rasuah kebelakangan ini sudah sampai ke peringkat semasa skandal 1MDB memuncak dahulu pada 2017," katanya.

Azam sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, CPI yang dijadikan sebagai pengukur rasuah di Malaysia merupakan persepsi serta tinjauan beberapa organisasi dan bukanlah kedudukan sebenar.

Tambahnya, terdapat beberapa kajian yang turut mengkritik CPI itu sebagai penunjuk atau pengukur rasuah dalam masyarakat dan tahap usaha memerangi rasuah di sesebuah negara.

Rafizi menarik perhatian, beliau akan meletakkan jawatan sekiranya menjadi Azam kerana di bawah kepimpinannya, segala usaha menolak rasuah seolah-olah sia-sia apabila rakyat merasakan keadaan sekarang tidak banyak berbeza dengan kemuncak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau menjelaskan, CPI penting kerana diterima pakai di seluruh dunia malah, pelabur asing menggunakan indeks tersebut untuk menilai tahap rasuah di negara ini. 

Lebih penting, tambahnya, ia adalah satu-satunya kayu ukur yang paling bebas mengenai tanggapan rakyat terhadap amalan rasuah.

"Kita tidak boleh salahkan rakyat biasa jika mereka merasakan amalan rasuah semakin berleluasa sehingga telah mencapai tahap 2017 ketika skandal 1MDB memuncak," katanya.

Beliau menegaskan, tanggapan rakyat dibentuk dengan mengamati tindakan dan gerak-geri SPRM terutamanya ketua pesuruhjayanya, dalam menangani skandal besar yang melibatkan berbilion wang negara. 

Walaupun ada sahaja ikan bilis yang ditangkap setiap hari, jelas Rafizi, tanggapan rakyat mengenai amalan rasuah tidak akan berubah jika tiada tindakan diambil ke atas jerung besar.

Lim Guan Eng - Gambar fail
Lim Guan Eng - Gambar fail

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Azam sepatutnya meletak jawatan kerana mempersoalkan kesahihan, kredibiliti dan kebolehpercayaan CPI.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, indeks berkenaan diterima oleh semua negara di dunia dan institusi pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). 

"Azam berkata bahawa CPI tidak semestinya menggambarkan 'situasi rasuah sebenar' kerana ia hanya berdasarkan persepsi, dan tidak semuanya berkaitan dengan rasuah. 

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan Azam yang sepatutnya tahu bahawa rasuah bukanlah satu kecacatan asas yang berlaku secara berasingan, tetapi masalah kompleks dalam aturan struktur sosial, ekonomi dan politik. Rasuah adalah masalah sosial sebagaimana ia adalah masalah ekonomi dan politik," katanya.

Guan Eng turut mempersoalkan, bagaimana Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh berjaya memerangi rasuah jika tidak memahami sifat, bentuk dan konteks rasuah serta kaedah gejala itu berlaku. - Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar