web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skandal 1MDB: Permohonan Pendakwaan Gantung Pelaksanaan Perintah Pemulangan Harta Ditolak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 4:49PM

Najib Tun Razak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta yang disita daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu lain.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan selaku pemohon dan peguam yang mewakili Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah), anak mereka Nor Ashman Razak, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin sebagai responden pertama hingga kesembilan.

“Saya tidak nampak alasan munasabah berkenaan permohonan ini jadi saya menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta,” kata hakim itu.

Pada 8 Nov tahun lepas, Mohamed Zaini memerintahkan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada mereka yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dalam hujahannya berkata pihaknya memohon untuk penangguhan berikutan rayuan terhadap keputusan pelucuthakan itu sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

“Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 6 Sept ini sebagai pengurusan kes dan pihak pendakwaan masih menunggu rekod rayuan.

Saya mohon mahkamah pertimbangkan...pihak kami telah memfailkan permohonan rayuan dalam tempoh masa, jadi kami masih mempunyai kuasa terhadap barangan yang disita sehingga kes diputuskan di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Roger Ng dan isterinya berhujah pihak berkuasa membenarkan akses secara langsung kepada akaun bank milik pasangan itu susulan saman yang difailkan mereka terhadap dua bank berkenaan iaitu Maybank (cawangan Plaza Damansara) dan RHB Bank (cawangan Bangsar Shopping Centre Office Tower).

Tan berkata beliau juga tidak tahu sekiranya wang di dalam akaun milik anak guamnya masih wujud kerana pihak bank telah membenarkan akses terhadap akaun sejak April lepas.

“Kami akan menulis kepada Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan itu, memandangkan mereka (Jabatan Peguam Negara) yang memberi arahan kepada pihak bank untuk membenarkan akses terhadap akaun anak guam,” katanya.

Peguam Mardhiyah Siraj dan Azamuddin Aziz, masing-masing mewakili Najib, Riza Shahriz dan Nor Ashman memohon agar mahkamah menolak permohonan untuk menggantung perintah pemulangan harta atas alasan tidak wujud keadaan istimewa yang membenarkan penggantungan itu.

“Pemohon juga tidak lagi mempunyai kuasa untuk menangguhkan kerana perintah sita selama 12 bulan telah tamat,” katanya.

Pada 8 Nov 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak harta-harta itu kepada kerajaan dan permohonan penangguhan itu dibuat sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan sama, Hakim Mohamed Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset daripada lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan itu iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad