web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Orang Asli: Kenapa Menteri Perlu Tunggu Sampai 4 Tahun?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 4:13PM

Banyak permasalahan dihadapi komuniti berkenaan ketika ini yang memerlukan tindakan segera termasuk pencerobohan tanah, isu pampasan tanah dan status Orang Asli - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memulakan kajian pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) mulai akhir tahun ini dan diselesaikan pada 2025, adalah sangat dikesali. 

Mantan Senator Orang Asli, Bob Manolan Mohamad berkata, pengumuman itu ibarat ‘luka lama yang tidak diubati’ kepada masyarakat Orang Asli. 

Menurutnya, banyak permasalahan dihadapi komuniti berkenaan ketika ini yang memerlukan tindakan segera termasuk pencerobohan tanah, isu pampasan tanah dan status Orang Asli. 

“Pindaan Akta 134 sudah sekian lama dibincangkan dan draf cadangan juga telah disiapkan hasil konsultasi di antara masyarakat Orang Asli, Majlis Peguam dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli. 

“Kenapa pihak menteri perlu menunggu sampai empat tahun? Dalam pada itu juga, sejak tahun 2001 dan pada tahun 2010 kerajaan telah berjanji akan membawa ke parlimen pindaan Akta 134,” katanya hari ini 

Mantan Senator Orang Asli, Bob Manolan Mohamad
Mantan Senator Orang Asli, Bob Manolan Mohamad

Semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya tambah Bob Manolan, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memasukkan Akta 134 dalam senarai untuk pindaan. 

Jelasnya, menteri yang bertanggungjawab juga telah mengadakan perbincangan dan hasilnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Menteri. 

“Saya menggesa agar menteri dapat mengkaji semula draf pindaan tersebut dengan kadar segera dan membawa ke Parlimen paling lewat tahun hadapan,” katanya. 

Semalam, media melaporkan KPLB dalam perancangan meminda Akta Orang Asli 1954 sebagai penambahbaikan kepada akta berkenaan seiring peredaran masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kali terakhir akta itu dipinda pada 1967 bagi semakan pertukaran nama jawatan Komisioner kepada Ketua Pengarah JAKOA. 

Katanya, JAKOA sudah membuat permohonan untuk meminda akta itu pada 2019 dan semalam, cadangan pindaan sudah dibawa ke mesyuarat dasar bersama Ketua Setiausaha yang kini diminta membuat perancangan berikutan sudah ada peruntukan. - Getaran, 22 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam