web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis Dan Ketum Ditubuh - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 5:57PM

Khairy Jamaluddin membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum ditubuh bagi melihat bukti terkini mengenai penggunaan ketum serta kanabis terutama untuk tujuan perubatan.

Khairy, yang juga Pengerusi jawatankuasa itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini, berkata mesyuarat kali pertama jawatankuasa itu akan diadakan pada 25 Julai ini.

“Selepas jawatankuasa ini mendapat pandangan daripada pakar sama ada ketum atau kanabis boleh digunakan dengan selamat bagi tujuan tertentu khususnya perubatan maka kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk-produk demikian.

“Ini juga akan memberi kesan kepada penanam-penanam ketum di Malaysia yang mungkin boleh mendapat hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka,” katanya menjawab cadangan Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) semasa sesi perbahasan rang undang-undang itu mengenai hala tuju kerajaan untuk membenarkan penggunaan ketum bagi tujuan perubatan di negara ini.

Khairy berkata sebelum ini, beliau memberi bayangan terdapat kemungkinan besar kementerian akan mengeluarkan rangka kerja bagi pendaftaran produk berkaitan cannabidiol (CBD) menjelang akhir 2022.

Beliau juga berkata rang undang-undang itu antara lain bertujuan memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun dengan membenarkan penggunaan dokumen berbentuk elektronik serta meningkatkan beberapa penalti dalam Akta 366 berhubung penggunaan racun dan bahan psikotropik.

Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Khairy berkata cadangan kenaikan penalti dalam peruntukan undang-undang itu tidak dibuat sewenang-wenangnya tetapi penuh tanggungjawab dan kesedaran supaya tidak bersifat menghukum mana-mana pihak.

“Ini bukanlah semangat di sebalik pindaan kepada Akta Racun ini ... Ini pandangan setelah kita melibaturuskan penguat kuasa dan semua pemegang taruh, kita dapati bahawa hukuman yang sedia ada tidak selaras dan tidak setimpal untuk menghalang pesalah daripada mengulangi kesalahan mereka, ia tidak memberi pengajaran atau bersifat pencegahan kepada orang lain.

“Prinsip utama di bawah pindaan akta ini adalah melindungi rakyat, alam sekitar dan negara daripada kesan mudarat racun yang sangat besar, kesan mudarat akibat pengendalian racun dan bahan psikotropik yang tidak betul, tidak teratur dan tidak berintegriti. Ini soal hidup dan mati,” katanya.

Beliau berkata cadangan kenaikan penalti yang agak tinggi dibuat merujuk kepada impak mudarat kepada penyalahgunaan dan pemesongan bahan yang dikawal di bawah akta itu manakala kuantum denda adalah selaras dengan denda di bawah akta lain.

Seksyen 30 akta itu dipinda bagi menaikkan penalti daripada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar