web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LHDN Tak Boleh Periksa Akaun Klien Firma Guaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak hak lembaga tersebut untuk menyemak dan mengaudit akaun pelanggan yang diselenggara oleh firma guaman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT) sebagai berkata, LHDN telah gagal untuk memahami bahawa maklumat dalam akaun sedemikian dilindungi oleh kerahsiaan peguam-anak guam (solicitor-client privilege).

“Kandungan akaun anak guam adalah kepunyaan anak guam peguam dan bukan peguam,” kata Tengku Maimun ketika mengetuai panel tujuh hakim yang sebulat suara menolak rayuan berkenaan.

Sehubungan itu katanya, tiada keperluan untuk mengaudit akaun bagi menentukan kuantum cukai yang akan dikenakan ke atas firma peguam cara.

Tiada sebab lain yang kredibel untuk mewajarkan LHDN menyemak akaun, jelasnya.

Tengku Maimun memberitahu, panel hakim berpendapat Seksyen 142(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mengatasi Seksyen 126 Akta Keterangan, yang menyatakan wang milik anak guam dilindungi oleh kerahsiaan peguam-anak guam.

“Oleh itu, tidak sepatutnya seorang peguam membocorkan kandungan akaun anak guamnya atas sebab Seksyen 126.

“Keistimewaan itu adalah milik anak guam dan bukan peguam cara. Hanya pelanggan boleh mengetepikan keistimewaan untuk menyediakan kandungan akaun tersebut kepada LHDN,” tambahnya.

Bagaimanapun Tengku Maimun berkata, pengecualian dalam Seksyen 126 membenarkan peguam melaporkan berlakunya jenayah atau sebarang aktiviti haram lain melibatkan anak guamnya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, LHDN tidak sepatutnya dibenarkan memeriksa akaun pelanggan firma guaman untuk mengelakkan pihak berkuasa daripada memulakan penggalian maklumat (fishing expedition) terhadap transaksi melibatkan pelanggan firma.

Pertikaian antara Majlis Peguam dan LHDN itu bermula pada 2016, apabila beberapa firma guaman mengadu kepada badan guaman tersebut bahawa lembaga berkenaan telah menyerbu firma-firma guaman untuk menjalankan audit ke atas akaun pelanggan mereka.

Firma-firma itu juga mendakwa LHDN berkeras untuk melihat buku perakaunan dan rekod berkaitan akaun tersebut.

Pada 3 November 2016, Majlis Peguam menulis kepada ketua pengarah LHDN menyatakan bantahannya dan menegaskan bahawa dokumen dan maklumat terbabit dilindungi oleh kerahsiaan peguam-anak guam.

Sebulan kemudian, lembaga itu menjawab dengan mengatakan bahawa audit adalah perlu untuk memastikan ‘pematuhan cukai’ oleh pembayar cukai.

LHDN menegaskan bahawa pengauditan itu tidak melanggar kerahsiaan peguam-anak guam kerana Seksyen 142(5) Akta Cukai Pendapatan mengatasi peruntukan Akta Keterangan dan Akta Profesion Undang-undang.

Majlis Peguam kemudian memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, memohon beberapa pengisytiharan mengenai isu tersebut.

Pada 2 April 2018, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Seksyen 142(5) tidak mengatasi Seksyen 126 Akta Keterangan.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Oktober tahun lepas. - Getaran, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 37 minit yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini