web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Beku Pekerja Asing, Perbincangan Malaysia-Indonesia Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 5:59PM

Hamzah Zainuddin (kiri) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama KDN dan KSM mengenai pengurusan pekerja asing di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan kerajaan dan pihak Indonesia mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu sudah dimulakan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perbincangan yang turut melibatkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu akan meneliti isu-isu dibangkitkan kedua-dua pihak yang memerlukan sedikit perubahan.

“Perbincangan dengan pihak Indonesia adalah untuk memastikan supaya segala salah faham, silap komunikasi yang ada, dapat diselesaikan dengan secepatnya. 

“Suka saya ingatkan, kita (Kementerian Dalam Negeri dan KSM mewakili kerajaan, akan sentiasa pastikan pengurusan pekerja asing di Malaysia sentiasa berlandaskan kedaulatan undang-undang negara dan pada masa sama menjamin bahawa semua pekerja asing yang berada di Malaysia dilindungi secara saksama mengikuti undang-undang yang ada dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama KDN dan KSM mengenai pengurusan pekerja asing di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini hari ini. 

Minggu lepas Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan mengenai keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak 13 Julai.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi memorandum persefahaman (MoU) Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang dicapai pada April lepas.

Menurut Hamzah, pihaknya mengakui langkah pembekuan itu memang berkaitan dengan OCS namun dalam perjanjian yang ditandatangani, telah dimaklumkan bahawa segala kekhilafan (masalah) yang akan timbul tidak sepatutnya dikongsi kepada media.

“Saya tak payahlah sebut apa, biar kita bincang dalam itu (mesyuarat),“ katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek