web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Harian COVID-19 Kembali Menurun, 7 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 11:56AM

Angka jangkitan akibat COVID-19 telah menurun dengan 3,936 kes direkodkan semalam manakala jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,544,615 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menurun dengan 3,936 kes direkodkan semalam berbanding 5,047 kes, kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,622,981 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,935 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Johor dengan tiga kes diikuti Kedah (dua) manakala masing-masing satu kes di Melaka dan Pahang.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,855 setakat ini dengan 7,605 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,511 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3 peratus atau 40,933 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 33 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,484 orang atau 3.5 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 61 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,899 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,544,615 kes. - Getaran, 18 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar