web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enggan Tubuh RCI Siasat Bencana Banjir Di Baling, Pakar Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 7:00AM

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tinjauan di jambatan yang runtuh di Kampung Iboi selepas dilanda banjir petang pada 4 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengetahui punca banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini menerima reaksi berbeza dalam kalangan pakar alam sekitar.

Naib Presiden EcoKnights, Almir Ayat berpendapat, sebagai negara demokrasi, RCI harus ditubuhkan jika tuntutan rakyat ternyata ketara dari sudut magnitud dan praktikal dari sudut pelaksanaannya.

Almir Ayat
Almir Ayat

Tegasnya, tidak ada sebarang kejanggalan yang merumitkan mengenai cadangan tersebut.

“Tragedi tersebut tidak sekadar melibatkan kehancuran harta benda rakyat marhaen malah mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa.

“Bayangkan rakyat yang sudahlah susah, disusahkan lagi walhal mereka tidak pernah menyusahkan sesiapa,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, desakan penubuhan RCI itu juga dilihat sebagai manifestasi kelemahan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pemerintah.

Maka katanya, wajarlah bagi pihak kerajaan mengembalikan kepercayaan itu dengan menubuhkan RCI yang berfungsi secara telus dan jujur bagi menyiasat perkara tersebut.

“Tidak ada yang perlu dibimbangkan jika setiap pihak benar-benar ingin mencari kebenaran dan melaksanakan keadilan.

“Sebagai negara berwawasan, kemampanan, perundingan dan penghasilan keputusan berasaskan maklumat oleh kesemua pemegang taruh adalah teras pelaksanaan pembangunannya.

“Tidak ada kemampanan tanpa perundingan dan perkongsian maklumat yang bermakna dari peringkat pemerintah hingga ke akar umbi,” katanya.

Mengulas mengenai situasi banjir luar biasa itu baru-baru ini, Almir berkata, masih belum ada kajian empirikal atau saintifik yang berwibawa bagi menentukan punca sebenar peristiwa tersebut.

“Walaupun faktor utama iaitu kegondolan kawasan tanah tinggi yang meruncingkan dampak kadar curahan hujan kerap diutarakan, tiada bukti kukuh boleh dikaitkan dengan peristiwa itu.

“Maka disinilah RCI berperanan mencerahkan kekaburan rakyat berhubung perkara itu.

“Keengganan tersebut pasti berpotensi mereputkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan boleh didakwa bertanggungjawab jika terbukti di mahkamah, sekiranya punca banjir adalah jelas secara saintifik disebabkan pembangunan tanaman Musang King atau kemusnahan hutan.

“Selain itu jika didapati ada kelalaian atau pengabaian daripada pihak terlibat (misalnya kerajaan negeri benarkan kemusnahan hutan, tak buat penyenggaraan sungai atau penanam Musang King tidak mematuhi garis panduan atau undang-undang sedia ada).

“Malah rakyat yang terkesan boleh menuntut ganti rugi dari pelbagai aspek seperti kehilangan harta benda dan mata pencarian, tekanan jiwa dan sebagainya di mahkamah setelah pendakwaan berjaya,” katanya.

Sementara itu, Pakar Geobencana, Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo pula senada dengan kerajaan berhubung perkara tersebut.

Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo
Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo

Katanya, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI kerana tragedi banjir puing dengan pembukaan ladang durian Musang King di Gunung Inas, Kedah adalah dua isu berbeza.

“Ladang durian Musang King atau penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi menyebabkan hakisan tanah, perlodakan dan mengurangkan kualiti air sungai.

“Sementara itu, banjir puing pula dicetuskan oleh fenomena tanah runtuh dan aliran puing di hulu sungai. Jadi ia berbeza,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menuding jari terhadap mana-mana pihak tatkala ditanya sama ada kegiatan membangunkan puncak Gunung Inas sebagai ladang tanaman durian Musang King menjadi punca kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi dan aliran puing di hulu Sungai Kupang.

“Kajian dan tinjauan kami di sekitar kawasan bencana dan hingga kaki gunung sahaja. Di sini, kawasan perbukitan dan pergunungan yang terbabit kebanyakannya ialah kawasan pertanian dan hutan sekunder.

“Banjir puing juga berlaku di Sungai Iboi berdasarkan damparan kayu-kayan yang turut menyebabkan jambatan beranjak hampir 50 meter. Kebanyakan endapan ialah pasir dan kerikir.

“Dasar sungai menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir biasa akan lebih kerap berlaku,” katanya.

Ibrahim yang juga Pengerusi Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM) menyarankan kerajaan Kedah supaya mendapatkan khidmat agensi profesional awam mahupun swasta untuk membuat kajian dan pemetaan terperinci mengenai punca banjir puing dan impaknya.

“Selepas itu gunakan laporan hasil kajian dan pemetaan tersebut untuk ambil tindakan susulan, kemudian hasil kajian itu pula perlu didedahkan kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad