web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepala Zakar Terputus: Failkan Rayuan Tindakan Zalim, 4 Defendan Perlu Bertanggungjawab

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 5:13PM

Peguam, Mohamad Zainuddin (tengah) bersama ibu dan datuk saudara pemuda berusia 22 tahun yang kepala zakarnya terpotong menyatakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan kerana cuba mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA - “Bayangkan jika musibah ini (terpotong kepala zakar) berlaku kepada anak sendiri atau diri sendiri, bagaimana rasanya?” luah Nor Hamsiah Ahmad Lathin.

Ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terputus kepala zakar ketika berkhatan 10 tahun lalu berkata, keluarganya amat kecewa apabila dimaklumkan kerajaan dan empat defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, tindakan tersebut amat zalim memandangkan anaknya terpaksa menanggung derita sepanjang hidup atas kecuaian pihak lain.

“Ia (tindakan memfail rayuan) zalim! Kami sekeluarga kecewa dengan perkara tersebut.

“Bayangkan jika ia berlaku kepada keluarga sendiri, mungkin mereka akan bertindak lebih teruk,” katanya pada sidang media anjuran pejabat peguam, Tetuan Mohamad Zainuddin & Co, di sini, hari ini.

Ibu kepada lima anak itu memberitahu, sejak kejadian tersebut, anaknya banyak meluangkan masa di rumah dan tidak lagi bergaul dengan rakan sebaya.

Katanya, keadaan itu sangat merunsingkan mereka sekeluarga apabila memikirkan masa depan anaknya.

“Duit (RM3.1 juta) itu tak padan (berbaloi) pun dengan apa yang ditanggung oleh anak saya,” katanya, kesal.

Sementara itu, peguam pemuda terbabit, Mohamad Zainuddin Abu Bakar berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memohon untuk menolak sepenuhnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes terbabit.

Katanya, kecuaian itu sudah disahkan 100 peratus dilakukan Hospital Daerah Kuala Lipis, Pahang dan Hospital Pakar Selayang.

“Kes ini menjadi panjang kerana terdapat elemen ‘concealment of material facts’ iaitu fakta bahawa kepala zakar plaintif telah putus sepenuhnya, tetapi disembunyikan oleh semua kakitangan serta pengurusan kedua-dua hospital daripada pengetahuan ahli keluarga mangsa.

“Keluarga juga berpandangan kerajaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya dengan akur terhadap keputusan mahkamah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan dan empat defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang ditetapkan Mahkamah Tinggi itu.

Pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 27 Julai nanti.

Plaintif yang kini berusia 22 tahun memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, dengan mendakwa proses berkhatan dijalani pada 13 Disember 2010 tidak mengikut prosedur ditetapkan, sehingga menyebabkan kepala kemaluannya terputus. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 38 minit yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga