web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah ‘Ikat Perut’ Bantu Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 7:13AM

Semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan masing-masing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah ‘ikat perut’ atau melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan masing-masing, bagi membolehkan lebihan kewangan itu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon berkata, ia adalah inisiatif kerajaan dalam melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan dan pengurusan perbelanjaan baharu yang berkuatkuasa sejak beberapa hari lalu.

“Kesemua entiti ini hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan, tanpa menjejaskan program serta aktiviti yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk ‘Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam’.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon - Gambar Fail
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon - Gambar Fail

Beliau berkata, menurut pekeliling sama, pengurus perbelanjaan dikehendaki melaksanakan penjimatan untuk menentukan semua wang keluar adalah selaras dengan prinsip dan peraturan ditetapkan bagi pengurusan kewangan Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Selaras penjimatan itu, katanya, semua pegawai pengawal kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dikehendaki untuk mengambil langkah proaktif dalam mematuhi garis panduan dikeluarkan bersama surat pekeliling berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan sudah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) dan kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara serta rakyat.

“Peningkatan subsidi sedia ada, terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam, menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan.

“Perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion, berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

“Dengan itu, kerajaan seharusnya melaksanakan langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Asri berkata, pekeliling itu turut mengarahkan penyusunan semula organisasi kementerian, jabatan atau agensi hanya dibenarkan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan tanpa tambahan bilangan jawatan serta implikasi kewangan.

Pewujudan jawatan baharu, katanya, tidak dibenarkan, kecuali melalui kaedah tukar ganti (trade-off) dan penempatan semula (redeployment) tanpa implikasi kewangan tambahan.

Manakala, jelasnya, pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara dibenarkan dengan kawalan ketat.

“Jawatan kosong yang tidak diisi melebihi dua tahun akan dimansuhkan.

“Malah, penubuhan badan berkanun, CLBG atau entiti baharu lain tidak dibenarkan,” katanya.

Menurut Asri, langkah penjimatan sektor awam itu bakal menyaksikan penurunan dalam perbelanjaan mengurus, sekurang-kurangnya lima peratus daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022.

“Penjimatan itu mencakupi aspek perjawatan, penyusunan semula organisasi, penubuhan bahan berkanun atau CLBG, elaun lebih masa, pertukaran ke luar stesen, perjalanan bertugas rasmi di dalam negeri, perjalanan bertugas rasmi ke luar negara, penginapan di dalam dan luar negara, perbelanjaan utiliti serta barang pakai habis.

“Turut disenaraikan adalah sewaan pejabat atau peralatan pejabat, perolehan aset baharu, penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, persidangan, seminar atau bengkel, kempen, promosi, penajaan atau pengiklanan serta penyumberluaran (outsourcing),” katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Tiada Lagi Penggiat Seni Ikat Perut Dengan Program Makanan Artis

2

Ekonomi 5 tahun yang lalu

TNB Sasar Pasang 1.5 Juta Meter Pintar Di Lembah Klang, Melaka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad