web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Ditemukan Mati, Dipercayai Dipukul Isteri Di Taman Daya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 12:58PM

Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam satu kejadian di Taman Daya, Johor Bahru - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam satu kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 7.50 pagi.

Beliau berkata mangsa ditemukan terbaring dalam rumah.

"Susulan dari itu, isteri mangsa berusia 35 tahun telah ditahan dan akan dimohon reman hari ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mereka, dipercayai berusia 11 tahun.

Pasangan itu difahamkan mempunyai seorang lagi anak iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Raub berkata pihaknya masih menyiasat senjata dan motif kejadian serta satu kenyataan akhbar lebih lengkap akan dikeluarkan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.

"Saya memang kenal pasangan suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.

"Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang dalam bahasa Mandarin," katanya kepada pemberita.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 11 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad