web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mufti Syor Garis Panduan Dan Kawalan Tertentu Di Kelab Komedi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 5:10PM

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Satu garis panduan dan kawalan tertentu perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa supaya pemilik kelab komedi dan orang ramai yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral serta agama, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata pada masa yang sama pihak berkuasa agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan-jabatan agama perlu menasihati masyarakat Muslim agar sentiasa menghormati kesucian agama mereka dan tidak dijadikan bahan mainan atau gurauan.

“Sebagai agama yang sesuai dengan fitrah manusia, Islam tidak menentang hiburan termasuk komedi atau lawak jenaka malah Islam juga tidak menghendaki penganutnya sentiasa serius sehingga tiada ruang untuk bersantai dan berekreasi.

“Islam juga tidak melarang kesemua ini asalkan tidak keterlaluan, di dalam kehidupan ini ada ketikanya kita perlu serius dan ada ketikanya kita perlu bersantai,” katanya ketika dihubungi hari ini, sebagai mengulas berhubung video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ekoran kejadian itu, polis menahan seorang wanita yang tular di media sosial kerana didakwa mencetuskan kontroversi tidak bermoral tersebut dan dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad