web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


60.9 Peratus Populasi Pulau Pinang Terima Dos Penggalak COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 3:39PM

Golongan warga emas dan mereka yang ada sejarah penyakit kronik digalakkan menerima dos keempat selari dengan dengan seruan Kementerian Kesihatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Pulau Pinang merupakan negeri kedua tertinggi di Malaysia bagi vaksinasi dos penggalak COVID-19 dengan 60.9 peratus populasi telah menerima suntikan berkenaan selepas Lembah Klang sebanyak 69.8 peratus.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata individu yang masih belum menerima dos penggalak digalakkan untuk segera mendapatkannya.

“Golongan warga emas dan mereka yang ada sejarah penyakit kronik juga digalakkan menerima dos keempat selari dengan seruan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Nibong Tebal Arena di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak COVID-19 setakat ini dan menasihati mereka segera berbuat demikian. 

Beliau berkata walaupun suntikan itu tidak diwajibkan, namun ia amat penting memandangkan kes positif COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan selain turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti. 

Dalam perkembangan lain Chow berkata kos pembinaan gelanggang badminton dan dewan serbaguna Nibong Tebal Arena itu berjumlah RM8.78 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2023.

“Kerajaan negeri percaya cadangan bagi membina gelanggang badminton dan dewan serbaguna seluas 7316.72 meter persegi ini mampu memberi nilai tambah kepada kemajuan pembangunan di daerah Seberang Perai Selatan.

“Masa depan Pulau Pinang terletak di kawasan Seberang Perai dan kerajaan negeri komited untuk terus berusaha memastikan Seberang Perai menjadi pemangkin pertumbuhan masa depan di negeri ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek