web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompleks Sukan Bukit Jalil Berpindah Ke Sepang?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 11:10AM

Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas RM1.6 bilion dibelanjakan untuk menaik taraf Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini mahu membelanjakan berbilion-bilion ringgit lagi bagi memindahkan kompleks sukan itu ke Sepang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijangka membentangkan rancangannya kepada Kabinet pada mesyuarat mingguannya esok.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Gambar Fail

Tidak dapat dipastikan mengapa kementerian mahu memindahkan kompleks itu yang kini dikenali sebagai KL Sports City berikutan pembukaan semulanya pada 2017 selepas projek naik taraf besar-besaran selama dua tahun untuk temasya Sukan SEA.

Bagaimanapun, difahamkan seorang pemaju telah mengintai peluang untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai projek pembangunan bercampur.

Difahamkan juga, Faizal akan mencadangkan tapak baharu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan tanah milik Malaysia Airports Berhad (MAHB) sebagai alternatif.

Bagaimanapun, Pengerusi MAHB Datuk Seri Zambry Abd Kadir melahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut.

Pengerusi MAHB Datuk Seri Zambry Abd Kadir - Gambar Fail
Pengerusi MAHB Datuk Seri Zambry Abd Kadir - Gambar Fail

"Saya tidak mendengar apa-apa mengenai perkara ini," katanya.

Secara kebetulan, Zambry dan Faizal pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak.

Pemindahan kemudahan sukan itu juga bermakna Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan melalui proses penempatan semula.

Sejumlah 730 hektar daripada kawasan yang dahulunya merupakan Ladang Bukit Jalil dibangunkan untuk membina Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Keseluruhan projek itu menelan belanja hampir RM2 bilion, termasuk pembinaan Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Negara, dan Stadium Tertutup Putra (kini dikenali sebagai Arena Axiata).

Bagi melengkapkan kompleks sukan itu, kerajaan membina stesen LRT Bukit Jalil bagi memudahkan orang ramai menghadiri sebarang acara sukan dan konsert.

Selain pusat beli-belah Vista Komanwel, pihak berkuasa juga membina sebuah perkampungan untuk atlet iaitu Kondominium Vista Komanwel (Vista Komanwel A & B), yang kemudiannya ditukar kepada hartanah kediaman.

Selain Sukan Komanwel 1998, kompleks sukan itu juga menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001, Piala Asia 2007, Kejohanan Dunia BWF 2007, Piala Asia Hoki 1999 dan Piala Dunia Hoki 2002.

Kompleks tersebut turut digunakan untuk perlawanan bola sepak membabitkan pasukan kebangsaan Brazil pada 2002, Manchester United (2009), Arsenal, Chelsea, dan Liverpool pada 2011.

Pada 2015, ia ditutup secara berperingkat untuk dinaik taraf bagi Sukan SEA 2017.

Pemindahan Bandar Sukan KL ke Sepang dijangka tidak disenangi orang ramai kerana jaraknya agak jauh dari bandar dan kekurangan pengangkutan awam yang murah dan efisien.

“Langkah ini juga tidak akan menggalakkan penganjur acara memilih KL Sports City sebagai venue, memandangkan jaraknya mungkin gagal menarik jumlah penonton yang ramai,” kata sumber yang mengetahui rancangan tersebut.

“Tambahan pula, jika perpindahan ini menjadi kenyataan, apa akan jadi dengan RM2 bilion wang pembayar cukai yang dibelanjakan bagi pembinaan Kompleks Sukan  itu dan juga RM1.6 bilion yang dibelanjakan kerajaan untuk membaiki dan menjenamakannya semula?” soalnya. - The Vibes, 12 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad