web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri, Pemimpin PAS Ketandusan PR Diplomasi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 2:09PM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemimpin PAS yang dilantik sebagai jemaah Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, disifatkan ketandusan PR (perhubungan awam) diplomasi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu dapat dilihat dalam kes hampir 400 bakal jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Namun, katanya, apabila beliau menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung kes terbabit, ada pemimpin PAS yang sungguh fanatik seperti ‘mendidih’.

“Rupanya ada ahli PAS macam orang lain. Suka maki dengan perkataan bodoh. Kalau Menteri ada di Makkah, Timbalan Menteri pergi mana? Pegawai Menteri semua di Makkah ke?

“Idris memang tidak perlu balik. Tetapi tunjuklah keprihatinan. Bukan setakat ambil maklum. Kebetulan sudah ada di Makkah, gunalah PR untuk berunding dengan kerajaan Arab Saudi (untuk kes jemaah terkandas),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Puad berkata, keadaan itu berbeza dengan pendekatan beberapa pemimpin yang menggunakan PR diplomasi untuk menangani isu berbangkit.

“Datuk Seri Ismail Sabri hantar Setiausaha Politik beliau melawat mangsa banjir Baling. PM kebetulan berada di Turki.

“Semasa banjir besar di Tanah Merah Kelantan 2014, Datuk Seri Najib main golf bersama Presiden Obama. Itu adalah golf diplomasi. Esoknya Najib bergegas balik ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, keadaan sama juga dapat dilihat apabila pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 apabila Najib menggunakan saluran tidak rasmi untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia.

“Itu namanya PR pemimpin. Najib guna diplomasi senyap berbincang melalui telefon dengan ketua pemisah. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mana PR Idris Ahmad dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk bantu mangsa bakal haji. Kalau PR bagus, sudah pasti Malaysia boleh dapat kuota haji tambahan,” katanya.

Menurut Mohd Puad, walaupun agensi pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), urusan haji seperti visa dan kuota haji adalah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Mereka tuduh saya mahu memburukkan PAS. Saya tidak sedar pun Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) orang PAS.

“Saya pasti wakil khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah Presiden PAS,” katanya. – Getaran, 11 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan