Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam: Bukan Salah Crackhouse, Pelawak Negara Kecewa Lokasi Ditutup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10:32PM

Afdlin Shauki kesal Kelab Komedi Crackhouse diarah tutup sementara. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa nama besar dalam industri komedi negara ‘membidas’ tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan sementara operasi Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang menjadi pentas untuk individu menonjolkan bakat berlawak.

Tindakan itu dikenakan DBKL susulan perbuatan seorang wanita didakwa menghina Islam apabila menanggalkan tudung dan baju kurungnya ketika membuat persembahan di situ, baru-baru ini.

Video memaparkan tindakan wanita itu kemudian tular di media sosial.

Pelawak, pengarah dan pelakon popular, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, tindakan keras DKBL ke atas premis itu adalah tidak adil kepada pengurusannya kerana insiden terbabit berlaku semasa acara persembahan ‘mikrofon terbuka’, iaitu mana-mana individu boleh naik ke pentas sebagai pelawak berdiri (standup comidian) untuk menunjukkan bakat berlawak masing-masing.

Ketua Eksekutif PETRA Media itu berkata, tempat seperti Crackhouse memberi sumbangan besar kepada dunia hiburan negara, walaupun tidak menguntungkan.

“Tempat itu bukan masalah dan tempat seperti itu perlu terus terbuka.

“Mereka tidak membuat banyak (wang) tetapi membantu menggalakkan industri komedi! Saya sangat tidak bersetuju dengan penutupan tempat itu,” katanya kepada The Vibes ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal van Geyzel berkata, pasukannya teruja melihat seorang wanita Melayu bertudung ingin menyertai acara itu, namun tidak menyangka dia akan membuat jenaka yang mencetuskan kontroversi dengan menyentuh isu agama.

Pada masa depan, beliau berkata, pihaknya akan lebih berwaspada dan pasukan kelab itu akan dilatih, sama ada bersiap sedia mengendalikan situasi pelawak membuat kenyataan tiada sensitiviti ketika persembahan untuk menghentikannya atau ‘mematikan’ mikrofon serta-merta jika seseorang menghina mana-mana agama.

Pelawak terkenal, Dr Jason Leong menyokong pendapat Afdlin dengan mengatakan bahawa perbuatan wanita itu dan tindakan susulan, bukanlah kesalahan lokasi terbabit.

“Persembahan komedi mikrofon terbuka membolehkan sesiapa sahaja hadir. Mereka (Crackhouse) tidak menjemputnya untuk membuat persembahan. Mereka membuka pintu kepada sesiapa sahaja.

“Sukar untuk mengetahui siapa yang akan muncul dan apa mereka akan lakukan di atas pentas. Ia di luar kawalan pengurusan tempat, terutama pada pertunjukan seperti mikrofon terbuka.

“Walaupun anda (peserta) terdiri daripada yang tiada pengalaman dalam stand up comedy, tiada bukti kelayakan dan tiada sokongan, anda masih boleh mendapat tempat pada sesi mikrofon terbuka. Ia adalah satu daripada ruang paling sesuai dan terbuka dalam sebarang bentuk seni,” katanya.

Leong berkata, tindakan pengurusan premis menyenarai hitam wanita itu selepas kejadian terbabit adalah keputusan terbaik dalam usaha menggalakkan nilai kreatif dan mengambil berat mengenai sensitiviti di negara ini.

Menurutnya, cadangan dikemukakan netizen supaya wanita itu ‘diseret’ keluar dari pentas oleh sekumpulan lelaki adalah tidak baik untuk tempat berkenaan.

Seorang lagi pelawak terkenal, Kavin Jayaram yang juga dikenali sebagai Kavin Jay berkata, dia berada di kelab itu pada malam kejadian.

“Saya ada persembahan selepas mikrofon terbuka itu dan seluruh penonton tidak dapat berhenti bercakap mengenai betapa terkejutnya mereka mengenai kejadian dicetuskan wanita terbabit,” katanya.

Ditanya mengenai mereka yang bersorak untuk wanita itu, Kavin berkata penonton berkenaan adalah rakannya, manakala pengunjung lain tidak menyokong tindakan tersebut.

Sementara itu, pelawak berdiri (standup comedian) baharu, Prakash Daniel mengatakan, tindakan diambil pihak berkuasa terhadap pihak pengurusan lokasi berkenaan adalah ‘tidak adil’.

“Saya masih ingat ketika (penyanyi) Faizal Tahir mencetuskan insiden di mana dia mendedahkan dadanya dan logo ‘Superman’ di atas pentas, tiada siapa yang ‘mengejar’ pihak penyiarannya kerana melakukan perkara itu.

“Ada juga masa saya menyertai peraduan Maharaja Lawak di Astro apabila sepasukan pelawak Melayu berpakaian India. Tetapi tiada siapa berkata apa-apa (walaupun ia boleh menyinggung perasaan).” – The Vibes, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

2

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Gerai Jagung Bakar Warga Asing Disita

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Penjaja Eksploitasi Tapak Bazar Ramadan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sasaran 8 Daripada 10 Isi Rumah Ada Akses Ke Stesen Transit

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara