Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjanjian Malaysia Baharu Tidak Patut Disebut Langsung - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10:18PM

Abang Johari Tun Openg - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Cadangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan supaya Perjanjian Malaysia Baharu diusulkan tidak sepatutnya disebut langsung, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipersetujui pemimpin awal negara adalah perkara dasar bagi penubuhan sesebuah negara.

“Apa yang disebut oleh Tok Mat (Mohamad) sepatutnya tidak patut disebut. Apa yang kita kehendaki adalah pelaksanaan syarat-syarat yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hasil daripada (Laporan) IGC (Jawatankuasa Antara Kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Daging Korban sempena Aidiladha di Gedong, kira-kira 90 kilometer dari sini.

Abang Johari berkata kebanyakan syarat dalam MA63 telah terhakis dan rundingan sedang dilaksana antara Kerajaan Persekutuan, Sabah serta Sarawak untuk mengembalikannya.

“Tidak payah kita membuat perjanjian baharu. Kalau perjanjian baharu, bermakna anda mentaksahkan perjanjian lama. Kalau anda mentaksahkan perjanjian lama maka pembentukan Malaysia akan dipertikai,” katanya.

Mohamad ketika berucap di Konvensyen BN Sabah pada 2 Julai lepas menyuarakan cadangan supaya BN Sabah mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam MA63.

Abang Johari juga berkata rundingan dengan Kerajaan Persekutuan ketika ini yang menyentuh MA63 turut melibatkan pemberian khas kepada Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Sarawak mahukan pemberian khas ini diagih berdasarkan satu formula kadar peratusan terbaik daripada pendapatan yang diperoleh dari negeri ini untuk dikembalikan kepada Bumi Kenyalang.

Abang Johari berkata rundingan bagi seorang wakil kerajaan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti diperuntuk dalam Laporan IGC juga menampakkan perkembangan baik berdasarkan maklum balas terbaharu yand diterimanya.

“Sekarang mereka (LHDN) sudah meminta nama untuk mewakili Sarawak. Bermakna kita akan tahu berapa pendapatan kita. Kita boleh tahu berapa amaun yang tepat yang anda (Kerajaan Persekutuan) boleh berikan kepada kami,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Sarawak tidak berniat untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan dan mahu rundingan mengenai MA63 menghasilkan situasi menang-menang bagi semua pihak.

“Kalau keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan tidak begitu baik, kita pun tidak boleh juga memberi tekanan kepada mereka. Tapi berdasarkan formula (yang dicadangkan oleh Sarawak), senanglah (untuk mencapai persetujuan),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

2

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: 9 Tuntutan Asas Selesai Sepenuhnya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kembara Kenali Borneo Suburkan Semangat Perpaduan - Abang Johari

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 54 minit yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Politik 10 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 22 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi