web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Bertegas Perangi Kartel Kawal Harga Barang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 8:49PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak mengambil tindakan lebih tegas dalam isu kenaikan harga barang dengan memerangi kartel yang mempunyai kuasa besar di dalam menentukan harga produk asas itu di negara ini. 

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Suruhanjaya Persaingan (MyCC) malangnya tidak diberikan sumber dan kuasa secukupnya untuk memecahkan monopoli serta kartel di dalam negara. 

“Meskipun fenomena kenaikan kos sara hidup berlaku di seluruh dunia atas pelbagai faktor, tindakan setiap negara memainkan peranan untuk meringankan kesan tersebut, terutama untuk golongan miskin dan sederhana. 

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menganggap tindakan membakar sentimen menjadikan pekerja asing sebagai kambing hitam atau menubuhkan Pasukan Khas Tangani Jihad, adalah tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan yang terdesak untuk memenangi hati rakyat,” katanya menerusi kenyataan. 

Nik Nazmi menambah, kerajaan juga harus memperluas program bantuan rakyat dan insentif cukai secara bersasar, bukan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) semata-mata. 

Namun beliau menjelaskan, ia juga untuk golongan sederhana yang turut terkesan dengan krisis kos sara hidup, tetapi tidak layak mendapat banyak bantuan kerajaan. 

“MPP merasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan melihat mekanisme gaji wajar (living wage) pernah dicadangkan Bank Negara pada tahun 2017. 

“Ia sebagai satu mekanisme nilai tambah kepada gaji minima untuk menggalakkan kenaikan gaji secara lebih saksama dan realistik mengikut kos sara hidup setempat,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar