Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Senarai Hitam Tidak Relevan Bendung Penipuan Haji, Kenakan Hukuman Tegas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 6:43PM

Seorang jemaah memohon doa ketika menunaikan haji musim ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan menyenarai hitam dan membatalkan lesen syarikat agensi umrah serta haji yang didapati memanipulasi jemaah, sudah tidak relevan kerana gagal mengekang kejadian sama daripada berulang.

Pengerusi Eksekutif Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd, Datuk Ayob Mat Aris berkata, tindakan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayan (MOTAC) menyenarai hitam atau membatalkan lesen agensi pelancongan tersebut bukan penyelesaian mutlak.

Katanya, ia kerana pemilik agensi disenarai hitam itu boleh membuka syarikat lain untuk meneruskan aktiviti penipuan mereka tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Dalam kes membabitkan penipuan jemaah haji ini, saya berpandangan MOTAC perlulah memantau syarikat yang berdaftar dengannya. Jika setakat membatalkan lesen atau ‘blacklist’ (senarai hitam) tak selesaikan masalah.

“Esok mereka boleh buka syarikat baharu dan beroperasi seperti biasa. Sebaliknya perlu ada undang-undang untuk mengekang kejadian sama berulang.

“Kes penipuan haji ini bukan benda baru, tiap-tiap kali musim haji, pasti ada laporan berita kes penipuan sebegini. Jadi kena ambil serius sikit,” katanya kepada Getaran.

Ayob juga pada masa sama tidak menolak kemungkinan terdapat puluhan syarikat pelancongan terbabit dalam isu penipuan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata bukan semua kes membabitkan jemaah terkandas di lapangan terbang adalah disebabkan penipuan, sebaliknya ia berkemungkinan berpunca daripada agensi tersebut tiada pengalaman dalam menguruskan hal haji.

Menurutnya, jemaah kebiasaannya mahu menggunakan perkhidmatan agensi swasta untuk mendapatkan logistik selesa ketika berada di Tanah Suci, namun ia menjadi masalah apabila syarikat dibayar, tidak berpengalaman.

“Menguruskan jemaah haji dan umrah adalah dua perkara berbeza, waktu haji adalah spesifik serta memerlukan pengalaman luas untuk mengendalikannya.

“Itu sebabnya Tabung Haji (TH) kerap kali berpesan gunakan perkhidmatan syarikat dilesenkan pihaknya mereka supaya tiada masalah dikemudian hari,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, isu terkandas di lapangan terbang akibat masalah visa ini juga tidak akan timbul jika jemaah menggunakan syarikat berlesen dengan TH dan tahu perkembangan semasa.

“Arab Saudi dan TH dah mengumumkan tiada lagi visa furada dikeluarkan dan yang ada hanyalah visa Mujamalah, namun kuotanya amat terhad, iaitu antara 500 ke 1,500 jemaah sahaja.

“Visa ini diberikan kepada orang kenamaan untuk kegunaan sendiri atau membantu golongan tidak berkemampuan, namun seseorang itu hanya diberikan satu ke dua kuota.

“Bagaimanapun, pemengang visa tersebut perlu membelanjakan sekitar RM14,500 hingga RM28,000 untuk menunaikan haji kerana ia bukan termasuk dalam kuota negara,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat, tindakan undang-undang ‘keras’ dan tegas perlu diambil terhadap pemilik serta syarikat yang didapati menipu jemaah umrah atau haji.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, visa ihsan seperti Furada tidak boleh dikomersialkan.

Namun, menurutnya ada syarikat mengaut keuntungan dengan ‘menjaja’ perolehan visa Furada terbabit kepada jemaah yang terdesak untuk menunaikan haji.

“Visa Furada ini adalah visa jemputan diberikan kepada pembesar seperti Menteri, Duta dan orang kenamaan.

“Ia bukanlah visa yang boleh dikomersialkan, jika sesebuah syarikat itu berbuat demikian, ia salah kerana visa tersebut tidak boleh dikomersialkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat kejadian membabitkan jemaah terkandas di lapangan terbang yang dilaporkan media bukanlah membabitkan isu penipuan, sebalik masalah kelulusan visa.

“Saya rasa ia bukan isu penipuan, biasanya jika timbul masalah begini syarikat akan memulangkan semula wang jemaah,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 1 hari yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi