web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Luluskan Penggunaan Veklury Rawat Pesakit COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:26PM

Veklury (remdesivir) - Gambar dari https://www.vekluryhcp.com/

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberi kelulusan bersyarat bagi ubat Veklury (remdesivir) sebagai kegunaan untuk merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan terbabit disetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-374 yang berlangsung hari ini.

Menurut beliau, pemegang pendaftaran produk tersebut adalah Gilead Sciences Malaysia Sdn Bhd manakala Patheon Manufacturing Services LLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bertindak sebagai pengilang.

“Produk Veklury ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk anti virus yang dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari masa ke masa,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkata, pemantauan berkenaan bagi memastikan perbandingan manfaat dan risiko bagi produk tersebut kekal positif.

Katanya, Veklury digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, dengan berat badan sekurang-kurangnya 40 kilogram (kg).

“KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” ujarnya.

Terdahulu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan Veklury (remdesivir) untuk merawat pesakit COVID-19 di hospital.

Ubat itu yang juga rawatan pertama untuk COVID-19 dipersetujui  FDA, digunakan bekas Presiden AS, Donald Trump, selepas dijangkiti COVID-19 pada awal Oktober 2020, 

Ia juga telah diluluskan untuk digunakan ke atas kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat badan sekurang-kurangnya tiga kg dan ke atas. – Getaran, 7 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar