Berita Terkini

8 jam yang lalu: Lelaki maut, dua lagi cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat 8 jam yang lalu: Dhabitah, Ker Ying mara ke final 3m papan anjal 9 jam yang lalu: Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani 9 jam yang lalu: JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh Pasukan Bomba Uniti di KRT 9 jam yang lalu: KPN, MAFI meterai nota kerjasama bagi Projek Kebuniti Keluarga Malaysia

IKUTI KAMI


Yasin Lega, Hukuman Gantung Ditarik Balik

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 5:37PM

Muhammad Yasin Sulaiman - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini terlepas daripada dakwaan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.

Pengarah Pendakwaan Selangor, Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada Majistret Muhammad Iskandar Zainol bahawa pihaknya turut memohon supaya Muhammad Yasin, 47, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kesalahan itu dan dia akan dituduh dengan dua pertuduhan baharu.

Peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff yang mewakili Muhammad Yasin tidak membantah permohonan itu.

Muhammad Iskandar kemudian melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Muhammad Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.

Muhammad Yasin ketika dibawa ke mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Muhammad Yasin ketika dibawa ke mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Sementara itu, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan baharu.

Dia didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.

Pelantun lagu Mimpi Laila itu dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat, dia juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.

Muhammad Yasin dituduh melakukan perbuatan itu di kediamannya pada 5.30 petang, 24 Mac lepas dan pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, di mahkamah sama, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas tuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya pada tarikh dan masa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Permohonan ikat jamin terhadap Muhammad Yasin yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, bagi ketiga-tiga pertuduhan itu akan didengar pada 22 Ogos ini.

Muhammad Yasin pada sidang media di luar mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Muhammad Yasin pada sidang media di luar mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Yasin berkata beliau lega selepas pertuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati ditarik balik.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada, dan saya amat bersyukur. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Elak Sorok, Catut Minyak Masak - Annuar Musa

2

Saya Akan Dedah LCS Tak Ubah Seperti 1MDB, ‘Masaklah Najib’… - Rafizi

3

Mengaku Potong Usus Untuk Kurus, Aishah Sudah Boleh Pakai Baju Lama Zaman The Fan Club

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada Joe Ee

Semasa 1 hari yang lalu

MUDA, DAP Tuntut Penjelasan Kerajaan, PDRM Isu Laporan Meta

oleh Fitri Nizam

Sukan 1 hari yang lalu

Sukan Para ASEAN Ke-11 Melabuhkan Tirai, Jumpa Lagi Di Kemboja

Semasa 1 hari yang lalu

Hadi Minnallah Tak Aktif Di Kedah, JHEAIK Teruskan Pemantauan

oleh Rafisqi Radhi