Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Dilapor Serbu Pejabat Bestinet, Siasat Beberapa Pegawai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 2:21PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu ibu pejabat Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) semalam, dengan beberapa pegawai disiasat berhubung pemilihan 25 agensi Bangladesh untuk menghantar tenaga buruh ke negara ini yang meragukan.

Menurut laman berita asing, Pengasas Bestinet yang juga warga Bangladesh, tidak ditahan namun antara beberapa individu yang disoal badan anti rasuah itu bagi mendapatkan bukti pembabitan mereka dalam proses pemilihan agensi berkenaan.

Berdasarkan laporan memetik sumber diplomatik Malaysia, pengasas terbabit turut disiasat berhubung hubungannya dengan beberapa ahli politik, termasuk menteri Kabinet dalam usaha SPRM mahu mengenal pasti kriteria digunakan pihak terbabit untuk memilih 25 syarikat itu.

Artikel itu mendakwa bahawa pengasas yang bergelar ‘Datuk Seri’ terbabit, tidak dapat menjelaskan peranannya dalam proses pemilihan agensi berkenaan.

Ketika dihubungi The Vibes, pegawai SPRM mengesahkan serbuan itu dengan mengatakan bahawa anggotanya dijangka menyoal lebih ramai individu, termasuk golongan berkedudukan tinggi, sebagai sebahagian daripada siasatan.

Bestinet adalah firma yang bertanggungjawab menyediakan dan mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) untuk kerajaan.

Laporan itu mendakwa SPRM juga melawat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini semalam, dengan atase (pegawai di kedutaan) tenaga buruh Bangladesh, Md Nazmus Sadat Salim menjadi antara individu disoal mengenai peranan kedutaan dalam memilih agensi dan di sebalik pemilihan itu.

“Mereka (SPRM) ingin tahu sama ada kami ada menulis sebarang surat kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan menyediakan senarai 25 agensi. Kami kata kami kemukakan senarai lebih 1,500 agensi. Kami juga kata kami tidak terlibat dalam pemilihan 25 agensi itu,” katanya.

Artikel itu menambah, Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmad menolak isu kewujudan sindiket 25 agensi itu, dengan menyatakan bahawa republik berkenaan sebaliknya sudah menyerahkan senarai panjang sebanyak 1,520 agensi membawa masuk tenaga buruh ke Malaysia.

Malaysiakini memetik sumber Suruhanjaya Tinggi Bangladesh sebagai mengesahkan bahawa satu pertemuan diadakan antara Nazmus dan SPRM semalam, manakala Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan kepada FMT bahawa beliau tidak pasti berhubung serbuan terbabit.

Bedasarkan laporan itu, tiada seorang pegawai dari Bestinet, KSM, kerajaan Bangladesh dan suruhanjaya tinggi di negara ini dapat mendedahkan dengan jelas bagaimana 25 agensi itu dipilih.

KSM berada dalam keadaan ‘tertekan’ untuk menjelaskan proses pemilihan agensi pengambilan pekerja dengan ramai warga Bangladesh turut kecewa mengenai bayaran tinggi perlu dibayar mereka untuk memasuki Malaysia melalui 25 agensi terpilih.

Walaupun membantah, Saravanan menegaskan bahawa keputusan untuk melantik syarikat itu sudah dimuktamadkan.

Beliau berkata, pada bulan lalu, pentauliahan kementerian terhadap 25 agensi itu dilakukan bagi mengelak amalan monopoli dan menjaga kebajikan serta mata pencarian pekerja.

Pada 18 Jun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak terhadap dakwaan menyelubungi Bestinet dan satu lagi pembekal pekerja asing, Ultra Kirana Sdn Bhd dengan mengatakan kedua-dua firma itu terbabit dalam kontroversi, sekali gus SPRM perlu melakukan siasatan menyeluruh bagi mengetahui bagaimana mereka berjaya mendapatkan kontrak kerajaan. – Getaran, 6 Julai 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 17 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras