Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menteri Kata Tiada Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Inas, CAP Kecewa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 3:03PM

Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan, tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, sehingga mengakibatkan kepala air dan banjir kilat di Baling, Kedah, semalam.

Beliau menegaskan, sebaliknya terdapat pembangunan ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan Gunung Inas sejak tahun 2019 yang mendapat kelulusan kerajaan negeri Kedah.

Katanya, tujuan pembangunan ladang hutan itu adalah bagi penanaman semula yang setakat ini membabitkan lebih 5,000 pokok di kawasan seluas 52 hektar.

“JPSM sudah membuat semakan dan siasatan serta mengesahkan pokok dihanyutkan itu, bukan daripada kayu-kayu balak yang dijalankan (menerusi) pembalakan. Ini adalah kerana kayu itu dihanyutkan bersama akarnya sendiri.

“Jadi kita mahu betulkan anggapan sesetengah pihak bahawa wujud pembalakan aktif yang menjadi punca berlakunya kepala air di sungai (Sungai Kupang) itu.

“Saya amat berdukacita atas kejadian bencana alam di daerah berkenaan,” katanya pada program Jendela Fikir di Bernama Radio hari ini

Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari negeri berhampiran, unit udara dan unit pengesan K9 sehingga kini, berada di lokasi bagi meneruskan operasi menyelamat mangsa.

Menurutnya, tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui meninggal dunia dengan dua daripada mereka, iaitu wanita hamil dan ibu mertuanya dijumpai pasukan JBPM pada jam 9.30 pagi, manakala mangsa ketiga, adik iparnya, pada jam 11.55 pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa, katanya, ditemui di dalam sebuah rumah yang sama dan mayat mereka kini dibawa ke Hospital Kulim, Kedah untuk tindakan lanjut.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. 

“Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan menempatkan 1,490 mangsa. Situasi terkini di sekitar kawasan terjejas menunjukkan keadaan mendung dan air semakin surut. Sama-sama kita mendoakan semoga dipermudahkan usaha menyelamat oleh pasukan #WiraMerah dan agensi berkaitan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, hujan lebat berterusan selama beberapa jam di Baling menyebabkan perkampungan di situ dilanda banjir kilat.

Bencana itu turut mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air dan sebahagian kediaman mereka ‘ranap’ di bawah arus banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Rasidah Kassim berkata, hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang itu menyaksikan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan segera dan berkesan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Tegasnya, selain membantu mangsa banjir membina semula rumah dan membayar pampasan setimpal dengan kerugian dialami mereka akibat kemusnahan harta benda, CAP meminta pihak kerajaan memulihkan tanah pertanian yang terancam kerana ia adalah sumber pendapatan utama penduduk di situ.

Mohideen berkata, CAP percaya dan bimbang jika tidak ada tindakan berkesan diambil kerajaan negeri, sudah pasti penduduk sentiasa ketakutan, terutama pada musim hujan kerana dikhuatiri masalah serupa mungkin berulang.

Pada masa sama, beliau berkata CAP kesal kerana masalah berpunca dari aktiviti pembalakan dan projek durian Musang King di Gunung Inas itu, gagal ditangani kerajaan sehingga kini, sehingga berlaku bencana banjir lumpur.

Tegasnya, sebelum masalah itu berlaku, CAP beberapa kali menggesa kerajaan Kedah serta Jabatan Hutan dan Pejabat Daerah Baling, mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, namun amat kecewa apabila terjadi kejadian terbabit yang menyebabkan puluhan ribu penduduk di 11 kampung menerima akibatnya.

“Dalam kejadian itu bukan saja seluruh kampung tersebut dilanda masalah berkenaan, tetapi juga beberapa buah rumah musnah dihanyut air deras dari gunung berkenaan.

“Tinjauan CAP sebelum ini mendapati, penduduk yang terbabit bukan saja terpaksa menggunakan bekalan air tercemar dengan lumpur dari Gunung Inas, tetapi juga terjejas sumber pendapatan kerana banyak tanah pertanian di kampung mereka tidak boleh diusahakan akibat ancaman lumpur,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 14 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman