web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shafee Tidak Sihat, Pemeriksaan Balas Arul Kanda Ditangguh Ke 12 Ogos Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 6:46PM

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menunda pemeriksaan balas ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB kerana peguam bela utama bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sihat. 

Seorang lagi peguam bela Najib, Rahmat Hazlan ketika dihubungi memberitahu prosiding hari ini dikosongkan kerana Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghidap “Laryngitis” yang menyebabkan beliau kehilangan suara.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam mengesahkan perkara itu dan berkata perbicaraan akan bersambung semula pada 12 Ogos ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Arul Kanda, 45 yang didakwa bersama Najib meminda laporan audit 1MDB sepatutnya melalui pemeriksaan balas hari ini. 

Pada 24 Jun, Mohamed Zaini membenarkan permohonan piohak pendakwaan memanggil Arul Kanda sebagai saksi perbicaraan di bawah Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Najib, 68,  didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sementara Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad