web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Stok Beras Negara Hanya Bertahan Sebulan, Kerajaan Harus 'Buka Mata'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 4:58PM

Statistik ‘All Rice Index’ daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB bahawa harga eksport beras menunjukkan trend peningkatan berturut-turut pada Mei lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu melaksanakan perancangan teliti dengan segera agar negara bersiap sedia menghadapi kenaikan harga beras dan kekurangan bekalannya di pasaran dunia.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, perkara itu dibuktikan menerusi statistik ‘All Rice Index’ daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa harga eksport beras menunjukkan trend peningkatan berturut-turut pada Mei lalu.

Menurut beliau, kenaikan itu berlaku disebabkan kekurangan petroleum, baja, gandum dan makanan serta dijangka berlanjutan dalam jangka masa panjang, ekoran peperangan di Eropah walaupun negara terbabit bukan pengeluar beras.

“Negara-negara yang bergantung kepada import beras untuk menambah pengeluaran tempatan, hampir pasti akan menghadapi kekurangan bekalan dan kenaikan harga. Dalam hal ini, adakah kita bersedia menghadapi kekurangan bekalan dan kenaikan harga beras.

“Ketika ini, keperluan tahunan beras bagi rakyat Malaysia ialah sebanyak 2.5 juta tan metrik. Manakala pengeluaran beras negara adalah sekitar 70 peratus dan baki 30 peratus bergantung kepada import untuk memenuhi permintaan,” katanya hari ini.

Dr Tan Yee Kew - Gambar oleh Syeda Imran
Dr Tan Yee Kew - Gambar oleh Syeda Imran

Dalam pada itu, Yee Kew berpandangan, terdapat keperluan untuk kerajaan menambah stok beras dengan segera, susulan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan simpanan dimiliki negara ketika ini adalah kira-kira 200,000 metrik tan.

Jelasnya, jumlah tersebut hanya cukup bagi menampung keperluan Malaysia selama sebulan yang menunjukkan ia terlalu rendah, berbanding Singapura dengan simpanan selama tiga bulan.

“Namun, pengumpulan stok beras di Malaysia bergantung semata-mata kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang mempunyai monopoli import beras dan mengawal hampir 50 peratus daripada semua hasil produk terbabit di negara ini. 

“Ia adalah Syarikat Tersenarai Awam yang berorientasikan keuntungan dan syarikat tidak ada kepentingan untuk menambah stok kerana wang tunai akan dikunci dalam stok,” katanya.

Lantaran itu, memandangkan keadaan stok beras negara kritikal, Yee Kew menggesa kerajaan bertindak menguatkuasakan peratusan minimum stok simpanan yang tidak boleh kurang daripada 20 peratus keperluan negara atau bekalan selama dua bulan.

Pada masa sama, jelasnya, kerajaan perlu mengurangkan tekanan bekalan dan harga beras dengan meningkatkan sumber bekalan.

Katanya, keperluan juga untuk menangguhkan monopoli BERNAS dalam pengimportan beras hanya untuk tempoh kritikal, sekiranya konsesi kepada syarikat itu tidak mahu ditamatkan.

“Peniaga beras harus dibenarkan mengimport dan mendapatkan bekalan sendiri dari negara berbeza secara bebas. Dengan persaingan dan lebih banyak kuantum kenaikan harga beras import tidak lagi ditentukan BERNAS sahaja, sekali gus menyaksikan pengguna akan kurang terjejas dengan kenaikan harga di pasaran dunia.

“Meliberalisasikan import makanan ruji itu juga akan membantu meningkatkan stok simpanan kita. Sebagai contoh, Malaysia boleh mempelajari Skim Simpanan Beras Singapura yang memerlukan semua pengimport berlesen mengekalkan kuantiti setara dengan import dua bulan di gudang kerajaan sebagai simpanan. 

“Pengimport beras tempatan boleh melakukan perkara sama sebaik sahaja import beras diliberalisasikan,” katanya.

Yee Kew turut mencadangkan terdapat keperluan BERNAS menjadi milik kerajaan Persekutuan sepenuhnya semula demi merancakkan pengeluaran beras tempatan.

Jelasnya, negara kehilangan banyak tanah padi akibat banjir dan pembangunan perumahan serta perindustrian kerana aktiviti menanam padi tidak menguntungkan.

“Apabila BERNAS dikorporatkan pada 1966, pemegang saham utama adalah agensi kerajaan yang berkaitan dengan penanaman padi, bertujuan memastikan keseimbangan beras import dan hasil tempatan bagi melindungi kepentingan pesawah.

“Keuntungannya adalah untuk meningkatkan pembangunan penanaman padi dengan matlamat utama untuk mencapai sara diri dalam beras, namun hal itu mungkin bukan keutamaan BERNAS yang ketika ini adalah syarikat swasta sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, negara tidak boleh mengharapkan BERNAS dengan pemilikannya sekarang yang dilihat hanya berfungsi untuk membantu mempromosikan pengeluaran beras tempatan.

“Hari ini harga bagi kedua-dua beras import dan tempatan hampir ditentukan oleh BERNAS, sebuah syarikat swasta yang mementingkan keuntungan. 

“Jika kerajaan bersungguh-sungguh dalam soal sara diri beras dan mengawal kenaikan harga beras, kerajaan mesti mendapatkan semula kawalan ke atas beras import, mengambilalih pengurusan subsidi kepada petani daripada BERNAS dan perolehan beras daripada petani,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad