web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inflasi Tidak Akan Turun Dengan Berdemo – Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 12:35PM

Annuar Musa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demonstrasi jalanan bukan satu isu dalam negara demokrasi, namun Pengerusi pasukan khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, sejarah dunia menyaksikan ia tidak pernah berjaya menurunkan kadar inflasi.

Ketika ditanya mengenai demonstrasi #Turun yang diadakan Sabtu lalu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menjemput penganjur acara untuk bertemu dan berkongsi saranan bagi menangani kadar inflasi negara.

“Siapa yang mahu berdemo, demo lah. Cuma saya tidak pernah melihat sejarah yang menyaksikan kadar inflasi menurun selepas demo.

“Negara lain mencatatkan kadar inflasi lapan peratus, 10 peratus. Tiada demo. Di sini kita memiliki (kadar inflasi) 2.8 peratus, ada demonstrasi. Orang lain akan bercakap, ‘apa yang kita (buat) kan,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian anugerah yang diadakan sempena sambutan jubli perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, semalam.

“Ketua demo, jika ada kelapangan, sila datang dan berjumpa saya. Mari kita berkongsi idea. Saya bukan pandai sangat untuk menangani semua perkara seorang diri. Saya bukan Superman.”

Annuar menambah, pasukan petugas khas inflasi itu akan mengundang barisan pakar, seperti Bank Negara Malaysia dan mengakui, terdapat faktor luaran yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan.

Pelantikannya untuk mengetuai pasukan petugas khas itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengundang kritikan, apabila blok pembangkang mempersoalkan penubuhan pasukan itu untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Beberapa Ahli Parlimen berkata, pasukan berkenaan akan mengundang kos tambahan serta kurang memberi kesan, malah dianggap sebagai satu pertindihan kerana kerajaan sudah menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Sekurang-kurangnya lapan peserta yang terbabit dalam demonstrasi Sabtu lalu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.   

Bantahan berkenaan yang diadakan di stesen LRT Pasar Seni di sini dihadiri sekitar 100 penuntut dan aktivis belia untuk menyuarakan bantahan atas kelemahan kerajaan dalam menangani peningkatan mendadak harga barangan.

Acara selama sejam itu diadakan di bawah pemantauan rapi 50 pegawai polis yang berpakaian seragam dan preman, termasuk dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Jumaat lalu pula, AMANAH mengadakan demonstrasi jalanan di luar Masjid Jamek Kampung Baru untuk meluahkan rasa kecewa terhadap isu sama, dan berikrar untuk mengadakan bantahan lebih besar jika permintaan mereka tidak ditunaikan menjelang 16 Julai.

Polis turut memanggil 10 pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mengambil bahagian dalam protes itu, dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada 18 Jun, ribuan penduduk berarak ke Dataran Parlimen di London untuk membantah kegagalan kerajaan United Kingdom (UK) menangani krisis peningkatan kos sara hidup.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan UK berkata, inflasi meningkat dari sembilan peratus pada April kepada 9.1 peratus pada Mei, tertinggi sejak Februari 1982. – The Vibes, 4 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 17 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad