web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan Anggota Baharu SUHAKAM Tidak Telus, Mengejutkan, Kerajaan Sila Beri Perincian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 8:52PM

Badan masyarakat madani (CSO Platform for Reform) mempertikaikan pelantikan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Badan masyarakat madani (CSO Platform for Reform) mempertikaikan pelantikan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), termasuk pesuruhjayanya yang disifatkan tidak meyakinkan dalam melaksanakan peranan sebaik mungkin.

Menerusi kenyataannya, CSO Platform for Reform memaklumkan majoriti nama dikemukakan itu tidak memberi keyakinan dalam menegakkan prinsip hak asasi asasi manusia sejagat untuk semua rakyat di Malaysia.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan itu, memberi kejutan kepada CSO Platform for Reform.

“Pengerusi baharu, Profesor Dr Rahmat Mohamad adalah penulis bersama satu kertas kerja yang menolak ratifikasi Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Beliau adalah seorang daripada empat ahli akademik yang meyakinkan Majlis Raja-raja untuk menolak Statut Rom. Situasi ini tidak selaras dengan mandat SUHAKAM dalam menasihati kerajaan mengenai ratifikasi perjanjian,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, turut mengejutkan adalah Pengerusi sebelum ini yang mempunyai pengalaman baik dalam hak asasi manusia dan diplomasi antarabangsa tidak dikekalkan.

Menurut kenyataan itu, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim adalah mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018 – 2019, malah beliau menafikan hak lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQI+) dengan membatalkan persidangan jantina dan seksualiti di Kuala Lumpur walaupun golongan itu sudah lama didiskriminasi di Malaysia.

Tegasnya, Perdana Menteri menyatakan pelantikan itu adalah inklusif, namun realitinya tidak sama kerana terdapat dua pesuruhjaya berkenaan terdiri daripada ahli politik yang aktif dalam UMNO.

“Puan Nazira Abdul Rahim ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, manakala Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang. Kami mahukan individu bebas yang boleh melaksanakan fungsi mereka dengan baik. Ahli parti aktif pastinya tidak sesuai dalam pelantikan ini.

“Semakan ringkas ke atas Dr Chew Chee Meng (Sarawak) menunjukkan bahawa beliau adalah pakar bius, tidak mempunyai latar belakang dalam bidang hak asasi manusia di Malaysia. Ini adalah satu perbezaan amat ketara berbanding dengan Pesuruhjaya sebelum ini iaitu Dr Madeline Berma yang telah mewakili Sarawak dan SUHAKAM dengan cemerlang.

“Malah beliau adalah individu dikenali dan dihormati dalam kalangan ahli akademik, kerajaan negeri dan Persekutuan serta badan masyarakat madani,” katanya.

Pada masa sama, CSO Platform for Reform memaklumkan, pihaknya mahukan maklumat terbuka mengenai proses pemilihan tersebut bagi memastikan sama ada kriteria berikut dipenuhi dalam pelantikan Pesuruhjaya.

“Latar belakang berwibawa yang mampu menggalakkan, mempertahankan dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia, termasuk menitikberatkan calon terbukti mempunyai rekod kepakaran dalam bidang berkaitan (contohnya, pengalaman kerja, penerbitan dan pencapaian lain berkaitan dengan isu serta masalah hak asasi manusia).

“Pemilihan melibatkan senarai yang pelbagai dan inklusif dari aspek kepakaran dan perwakilan, bukan hanya individu yang mempunyai latar belakang undang-undang,” katanya.

Selain itu, menurut kenyataan itu, memandangkan proses tersebut tidak telus, sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM, merangkumi Parlimen dan/atau individu bebas yang boleh menambahkan keyakinan, bukannya diselubungi kerahsiaan mencurigakan dari titik permulaannya, tanpa memberi apa-apa maklumat.

“Berapa ramai terpilih, siapa disenarai pendek, apakah kriteria digunakan dan siapa dipilih sebagai Jawatankuasa Pemilihan serta apakah kepakaran mereka terhadap badan ini?

“Kami mengesyorkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Parlimen memainkan peranan penting dalam memulakan mekanisme lebih bertanggungjawab dan mengamalkan modal amalan terbaik, seperti Indonesia di mana proses mereka adalah ketat dengan banyak penglibatan penelitian awam,” katanya.

Mengulas lanjut, CSO Platform for Reform berkata, kesimpulannya, SUHAKAM sebagai satu badan bebas yang bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia di Malaysia tidak boleh dikompromi walau apa jua kos yang bakal ditanggung kerajaan.

Hak asasi manusia, katanya, adalah dimiliki semua orang di Malaysia dan bukan hanya kepada segelintir yang diberi keistimewaan oleh majoriti berkuasa di negara ini.

“Sebelum ini, Pesuruhjaya mempertahankan akreditasi status SUHAKAM dengan baik dan kami khuatir ia akan terkesan oleh kumpulan pesuruhjaya lemah yang dilantik. Kami memohon untuk elakkan kemunduran dan menambahkan keaiban dalam rekod hak asasi manusia yang penuh cabaran di Malaysia dan peringkat global.

“Kita tidak mampu berdiri dengan bangga dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB sambil berhadapan dengan situasi politik domestik lemah sehingga menjejaskan hak asasi manusia di Malaysia. Kami menuntut jawapan daripada kerajaan ini, terutama Perdana Menteri dan Menteri serta semua penasihat khasnya,” katanya. Getaran - 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahap 2 TIP: Tanda Kemajuan Ketara Tangani Isu Pemerdagangan Orang - SUHAKAM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KDN Akan Bentang Kertas Kerja Bawa Keluar Kanak-Kanak Dari Depot Tahanan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Langkah Positif Suruhanjaya Kanak-Kanak Sebagai Badan Berkanun Bebas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Harap Jawatankuasa Diberi Kuasa Badan Penyelia Berkaitan Isu Kanak-Kanak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar