web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Fungsi Tubuh Pelbagai Majlis ‘Makan’ Kos Jutaan Ringgit?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 5:13PM

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi disaran untuk memfokuskan isu fundamental yang menjadi faktor harga barang semakin meningkat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyarankan perkara berkenaan, turut menggariskan tujuh isu utama perlu ditangani pasukan terbabit.

Menurutnya, perkara tersebut adalah merancang strategi meningkatkan keyakinan semua pihak terhadap Ringgit Malaysia, selain merangka pendekatan ampuh menarik pelabur untuk melabur dalam negara.

“Pasukan tersebut juga perlu memastikan bekalan minyak masak peket disubsidi cukup di pasaran bersama penguatkuasaan efektif bagi memastikan tiada sorokan bekalan (hoarding)

“Sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan jaminan keselamatan makanan negara, kerajaan perlu merangka polisi yang dapat meningkatkan pelaburan industri terbabit dengan pengeluaran makanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, pelaburan bagi meningkatkan pengeluaran input pertanian dan penternakan, seperti dedak serta baja di dalam negara harus menjadi tumpuan.

“Ini kerana dengan lebih banyak input pertanian dihasilkan dalam negara, kos pengeluaran makanan akan kurang terdedah dengan turun naik pergerakan mata wang pada masa hadapan.

“Terakhir, perlu ada strategi menangani inflasi makanan tidak terkawal, memerlukan pendekatan holistik dari awal proses pengeluaran hingga kepada pengagihan di pasaran.

“Ia memerlukan kerjasama semua pihak dan pihak kerajaan sahaja tidak dapat menjayakan misi ini,” katanya.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, semua strategi tersebut hanya berkesan jika negara mempunyai sebuah kerajaan stabil dan kompeten. 

Sebaliknya, beliau memaklumkan, jika dalam kerajaan campuran bersifat hibrid terus dilihat goyah, pasti pemain industri dan pelabur dalam pasaran buat tak endah. 

“Persoalannya, apa pula peranan Majlis Pemulihan Ekonomi, Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Kos Sara Hidup dan lain-lain yang memakan jutaan kos? Malah banyak bidang kuasa nampak bertindan, selain menteri, sama juga dalam majlis ini,” tegasnya. - Getaran, 3 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan