Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Percepatkan Kemasukan Pekerja Asing Atau Operasi, Produktiviti PKS Terus Terjejas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jul 2022 5:41PM

SME Malaysia memaklumkan pengeluaran PKS ketika ini berkurang kira-kira 40 peratus disebabkan masalah pekerja yang tidak mencukupi. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan buruh menjejaskan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini, lebih-lebih lagi ketika pengusaha PKS mikro kini sedang giat memulakan kembali perniagaan mereka selepas lebih dua tahun terkesan ekoran pandemik.

Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia), Ding Hong Sing berkata, pengeluaran PKS ketika ini berkurang kira-kira 40 peratus disebabkan masalah tidak cukup pekerja.

“Sebelum ini dilaporkan sebanyak 100,000 PKS terpaksa ditutup ekoran pandemik. Dan kini selepas keadaan bertambah baik, PKS ini terutama mikro mula dibuka kembali, namun menghadapi masalah kekurangan pekerja.

''Sehubungan situasi itu, pihak kerajaan perlu menyegerakan kemasukan sekurang-kurangnya 1.5 juta pekerja asing terlebih dahulu. Ini dapat mempertingkatkan produktiviti PKS.

“Selepas itu, mungkin pekerja asing tersebut perlu ditambah sehingga jumlah keseluruhan sebanyak 2.5 juta bagi menampung permintaan semasa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sejak akhir-akhir ini, banyak sektor masih menghadapi pelbagai masalah, terutama kekurangan pekerja asing yang merencatkan produktiviti penggiatnya.

Industri kelapa sawit adalah antara industri yang berdepan dengan kekurangan pekerja asing yang meruncing ketika ini. - Gambar fail AFP
Industri kelapa sawit adalah antara industri yang berdepan dengan kekurangan pekerja asing yang meruncing ketika ini. - Gambar fail AFP

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesyorkan Menteri Sumber Manusia dan Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu kekurangan pekerja asing.

Menganggap isu itu wajar diberi perhatian segera, Mustapa berkata, kemasukan pekerja asing sudah diluluskan dengan jumlah 270,000 orang.

Namun hanya 20,000 dibawa masuk ke dalam negara sebagai tenaga kerja. Kerajaan katanya, memandang serius impak kekurangan pekerja asing ke atas ekonomi yang menyaksikan setakat 10 Jun lepas, hanya 19,000 pekerja asing dari lebih 12 negara pembekal memasuki Malaysia.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumara Nair berkata, kerajaan perlu menangani isu kekurangan pekerja asing dengan menyelesaikan sebarang permasalahan bersama kedutaan negara sumber di Malaysia.

Beliau berkata, negara terlibat dalam membawa masuk pekerja asing antaranya adalah dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Nepal.

Menurutnya, proses kelulusan untuk kemasukan pekerja asing sudah dipercepatkan, namun wujud permasalahan pada fasa kedua, iaitu membabitkan urusan bersama kedutaan negara sumber di Malaysia.

''Walaupun anda beri 200,000 atau 300,000 kelulusan, macam mana orang nak masuk sebab tiada kebenaran dari negara masing-masing atau negara masing-masing memerlukan ciri, protokol atau dasar tertentu untuk kita kenal pasti dan menunaikan hasrat mereka.

“Jadi saya rasa, kerajaan tidak memberi begitu penekanan kepada kedutaan negara asing ini,” katanya.

Beliau menambah, kelewatan kemasukan pekerja asing itu menyebabkan operasi perusahaan tempatan, khususnya PKS terjejas dan seterusnya menyebabkan rantaian kesan kepada pengguna.

''Sebab itu barang naik kerana ia ada kesan rantaiannya susulan orang tiada. Pekerja tiada dan ramai sudah balik negara masing-masing susulan pandemik COVID-19 dan Malaysia juga menganjurkan program rekalibrasi,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan