web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Rayuan Batal Pertuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram Abdul Azeez Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:25PM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya ke 26 Ogos.

Tarikh itu ditetapkan selepas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memohon mahkamah menangguhkan keputusannya yang dijadualkan hari ini berikutan jawapan yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun lepas berkaitan surat representasi Ahli Parlimen Baling kepada Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata menurut SPRM, terdapat petunjuk baharu yang mereka sedang kaji dan SPRM bersedia untuk memberi taklimat kepada AGC mengenai perkembangan baharu itu.

Amer Hamzah berkata beliau telah mengemukakan surat kepada mahkamah memohon supaya memberi masa kepada SPRM dan AGC untuk memutuskan representasi anak guamnya.

“Kami yakin keputusan representasi akan menyelesaikannya. Jika AGC bersetuju dengan representasi kami berdasarkan isu yang kami bangkitkan, tidak ada keperluan untuk mahkamah ini menyampaikan keputusan,“ katanya.

Terdahulu, Amer Hamzah berkata beliau memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tarikh keputusan awal pada 21 Mac tahun ini sementara menunggu jawapan AGC terhadap representasi mereka, sambil menambah bahawa mahkamah kemudian menetapkan semula tarikh keputusan itu pada sehingga hari ini.

Beliau berkata ini adalah penangguhan ketiga.

Oleh kerana tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mengetuai panel tiga hakim, kemudian membenarkan penangguhan itu dan berkata ia adalah penangguhan terakhir.

“Kami ada banyak kes lain, mahkamah telah memberi penangguhan beberapa kali dan ia tidak baik di mata orang ramai,“ kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Abdul Azeez, 55, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Dia juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di sini pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan