web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Khas Jihad Inflasi Hanya Wayang Kerajaan Keluarga Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 12:14PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan kerajaan hanyalah sekadar 'wayang' yang kononnya mahu merangka strategi menyelesaikan permasalahan serta mengawal kenaikan harga barang secara lebih efisien.

Pengerusi Persatuan Pembiak Ayam Kampung Warisan Malaysia (WAK), Profesor Madya Dr Azhar Kassim berkata, sudah acap kali pasukan khas ditubuhkan bagi menangani orang tengah (pemborong) yang menjadi punca kenaikan harga barang namun hasil ditunjukkan masih menyepi. 

Menurut beliau, segala skim kawalan harga dilaksanakan kerajaan tidak mampu beroperasi secara agresif, disebabkan pengaruh dan kuasa yang ada pada orang tengah atau lebih dikenali sebagai kartel. 

"Sudah beberapa kali seruan jihad memerangi orang tengah dilaungkan sebelum ini tapi harga barangan masih tidak berjaya dikawal. Seruan jihad yang terbaharu ini setakat berita hiasan di media sahaja. 

"Skim kawalan harga tidak akan berkesan selagi orang tengah bebas berbuat apa sahaja. Cara paling berkesan adalah melaksanakan mekanisma penetapan harga. 

"Cuba Malaysia ikut cara Kanada kerana di negara tersebut, pemborong (orang tengah) boleh dikawal oleh kerajaan yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka dan pengguna," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Terdahulu, Jemaah Menteri pada 29 Jun lalu bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan khas yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai. 

Jelasnya, ini dilakukan bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan untuk menyelesaikan isu berkaitan inflasi dan mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien. 

Pasukan khas itu yang diketuai oleh Annuar turut dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, turut berada dalam pasukan khas terbabit. 

Mengulas lanjut, Azhar berkata, orang tengah atau kartel merupakan punca utama permasalahan sehingga berlakunya peningkatan harga barangan.

Malah sehingga ini katanya, tiada penyelesaian kukuh dilaksanakan kerajaan. 

Menurutnya, kawalan harga jualan ayam daging masih tidak dapat mengekang tabiat rakus orang tengah yang ingkar dalam mematuhi harga kawalan dengan menaikkannya, sehingga memberi kesan kepada peruncit mahupun peniaga. 

"Ada yang kenakan caj pengangkutan berasingan. Sebelum ini caj pengangkutan adalah inklusif atau embedded dalam harga borong ayam. 

"Kesan tindakan pemborong dapat dilihat apabila peruncit terpaksa kenakan caj tambahan kepada pengguna dalam bentuk caj potong dan caj bungkusan demi untuk mendapat untung dalam berniaga.

"Kesan orang tengah pula amat ketara pada jualan bahan makanan mentah lain seperti kenaikan harga yg terlalu tinggi pada sayur dan makanan laut. Isu ini tanpa penyelesaian sehingga kini," katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan