Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Adakah KSM Lebih Pentingkan Bangladesh, Berbanding Rakyat Sendiri? – MTEM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 8:00AM

MTEM menyarankan SPRM menyiasat pemberian kontrak kemasukan buruh asing membabitkan 25 syarikat yang dipilih Kementerian Sumber Manusia (KSM) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menyiasat pemberian kontrak kemasukan buruh asing membabitkan 25 syarikat yang dipilih Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana ia mencetuskan persoalan.

Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, pihaknya turut mencadangkan siasatan itu dijalankan bagi memastikan sama ada pemberian kontrak terbabit mempunyai kaitan dengan dua syarikat, iaitu Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet Sdn Bhd (Bestinet).

Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman
Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman

“Menjelang sidang Parlimen akan datang, MTEM ingin menyambut baik persoalan ditimbulkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkenaan UKSB dan Bestinet serta 25 syarikat yang dipilih KSM.

“Ini menimbulkan beberapa soalan penting mengenai dasar kerajaan atau lebih tepat kepimpinan Menteri Sumber Manusia (M Saravanan),” katanya.

Ahmad Yazid yang juga Ahli Majlis Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, terdapat empat persoalan yang tercetus mengenai kontrak kemasukan pekerja luar itu, termasuk apakah kriteria pemilihan 25 syarikat untuk menjalankan tanggungjawab mengurus buruh asing dari Bangldesh?

Katanya, persoalan lain harus diperjelaskan adakah KSM mendapat maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) dan badan berkaitan sekiranya pemegang saham 25 syarikat ini terbabit dengan isu pemerdagangan manusia?

Beliau berkata, turut mencetuskan persoalan apakah KSM lebih mementingkan kemasukan Bangladesh daripada menguruskan sumber manusia dalam negara, semasa Malaysia mengalami pelbagai masalah kos sara hidup dan peluang pekerjaan terhad?

“Negara sumber lain ada 25 syarikat juga atau tidak? Kenapa 25 syarikat untuk Bangladesh?

“Persoalan keempat, kenapa Bestinet yang diberi mandat menguruskan Foreign Worker Management System pada masa sama terlibat dalam kerja pengambilan pekerja asing? Bukankah ini menimbulkan konflik kepentingan yang jelas?,” soalnya.

Menurut Ahmad Yazid, persoalan itu harus diperjelaskan kerana ia membabitkan kepentingan kedaulatan dan keselamatan negara, bukan isu siapa memperoleh projek pengambilan pekerja asing.

“Ini juga menimbulkan persoalan apakah priority (keutamaan) KSM? Bantu Bangladesh dapat kerja atau rakyat Malaysia?,” katanya.

Pada 18 Jun lalu, Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau menggesa SPRM menyiasat UKSB dan Bestinet yang terkait urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan.

Jelasnya, isu membabitkan dua syarikat itu menggugat kepercayaan dan menanam curiga dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan, berkaitan pengurusan penyelewengan serta kepincangan.

“Saya mengikuti perkembangan melibatkan isu dua syarikat, iaitu UKSB dan Bestinet mutakhir ini. Ini setelah sebuah agensi buruh di Dhaka menuduh pengasas Bestinet, Mohd Amin Abdul Nor mempengaruhi kerajaan untuk hanya menghadkan bilangan agensi yang membekalkan buruh kepada 25 syarikat.

“Isu sebesar ini semestinya menuntut tindakan tuntas dan pantas, terutamanya dari Perdana Menteri kerana ia melibatkan nama menteri dan mantan menteri yang berkaitan, dari PM dan juga Menteri Sumber Manusia,” katanya.

Malah, Anwar berkata, ia juga mustahak kerana turut membabitkan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, selain tekad serta iltizam dalam menghentikan kebobrokan. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun