web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Giant Killer’ Sabah Kadoh Agundong Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 12:38PM

Datuk Kadoh Agundong - Gambar dari Sabah Energy Corp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Veteran politik Sabah yang juga digelar ‘giant killer’ Datuk Kadoh Agundong, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II di sini akibat sakit tua pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Berita itu disahkan oleh sepupu mendiang, Stanis Buandi ketika ditemui pada persidangan perwakilan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka di sini, hari ini.

“Ya, mendiang (Kadoh) lama sudah sakit tenat sebelum dimasukkan ke hospital beberapa bulan lepas dan semalam beliau meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jenazah mendiang kini berada di Wisma Fook Lu Siew di sini.

Kadoh, 74, meninggalkan isteri Datin Catherine Soledad Kadoh, 60, dan empat orang anak serta sembilan cucu.

Mendiang mewakili PBS, terkenal dengan nama gelaran ‘giant killer’ kerana berjaya menumbangkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya), pada Pilihan Raya Negeri Sabah 1985.

Mendiang yang berasal dari daerah Tenom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap dan bekas Ahli Parlimen Ulu Padas kini dikenali Parlimen Tenom.

Sepanjang berkecimpung dalam politik, Kadoh pernah menggalas jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pada era kerajaan PBS.

Beliau juga pernah menyandang jawatan  Naib Presiden PBS pada era 80-an bagaimanapun mengumumkan menyertai Parti Warisan pada 21 Dis 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek