Berita Terkini

19 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Influenza, ILI Penyakit Bermusim, Orang Ramai Tak Perlu Panik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:22PM

ILI sememangnya berpotensi untuk tersebar dengan pantas, namun ia bukan dikategorikan sebagai penyakit serius dan merupakan kes bermusim yang sering berlaku. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu panik dengan penularan penyakit influenza-like-illness (ILI) kerana ia adalah kes bermusim yang sering berlaku.

Pakar Kesihatan Am dan Pekerjaan, Dr Hanafiah Bashirun berkata, ILI biasanya berlaku untuk beberapa ketika sebelum hilang sepenuhnya.

Menurut beliau, ILI sememangnya berpotensi untuk tersebar dengan pantas, namun ia bukan dikategorikan sebagai penyakit serius yang mampu membawa maut atau memerlukan bantuan alat pernafasan, walaupun ada kalanya pesakit perlu dirawat di hospital.

“ILI adalah jangkitan biasa dan akan timbul dari semasa ke semasa. Pesakit hanya perlu dipantau dan mengasingkan diri daripada orang ramai agar tidak menjangkiti sesiapa.

“Jangkitan influenza lazimnya akan bertambah dari semasa ke semasa dan kita tidak nampak pertambahan itu sejak dua tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Hanafiah Bashirun
Dr Hanafiah Bashirun

Jelas Dr Hanafiah, langkah kerajaan mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 termasuk penjarakan fizikal sedikit sebanyak membantu influenza merebak dengan lebih pantas.

“Jangkitan di sekolah berasrama khususnya, semakin bertambah kerana pergaulan sesama pelajar yang pastinya kurang menitikberatkan aspek penjarakan fizikal.

“Berbanding sekolah harian, pelajar di sekolah asrama berada di bawah bumbung dan ruang lingkup yang sama, sekali gus memudahkan virus bawaan udara ini merebak. Mana-mana kes influenza ini, tidak kira ILI atau penyakit lain, lagi rapat mereka berinteraksi, lebih berpotensi virus untuk berjangkit,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan dicadang menimbangkan kemungkinan memberi vaksin influenza secara percuma, khususnya di kawasan yang mencatatkan kadar jangkitan tinggi, bagi mengekang penularan penyakit itu dalam komuniti.

“Kerajaan juga boleh menyediakan kemudahan di premis kesihatan awam, kerana kos bagi vaksin jenis ini di kemudahan kesihatan swasta agak tinggi.

“Vaksin ini memang penting bagi mencegah jangkitan, dan amat disyorkan untuk diambil setiap dua tahun,” katanya.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, amalan menjaga kebersihan diri mampu mencegah jangkitan influenza.

“Jangkitan influenza ini akan berlaku dengan cepat sekiranya tiada penjarakan fizikal, ruangan tertutup dan tidak mengenakan pelitup muka.

“Begitu juga di asrama sekolah, justeru kesemua langkah penjagaan kesihatan itu jika diamalkan sebaiknya mampu mengurangkan kadar jangkitan,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata, simptom influenza lazimnya mencakupi demam, selesema, batuk dan sakit sendi, menyebabkan ramai pesakit beranggapan mereka sekadar mengalami sakit biasa.

"Disebabkan itu, ada antara mereka tidak memandang serius sehingga mengundang implikasi buruk kepada kesihatan,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesan peningkatan kes jangkitan ILI di institusi pendidikan, khususnya sekolah berasrama sejak dua minggu lalu. – Getaran, 29 Jun 2022.

Sorotan

1

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

2

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

4

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

5

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

6

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Luar Negara 19 jam yang lalu

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

Semasa 49 minit yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 5 jam yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza