web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tok Pa Nafi Dakwaan Zahid, Tuduhan Berniat Cemar Reputasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:04PM

Mustapa Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau menyeleweng peruntukan disalurkan kepada UMNO Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, semua dana parti telah diuruskan mengikut garis panduan parti termasuk dana untuk pilihan raya.

Menurut beliau, kesemua dana tersebut diuruskan oleh jawatankuasa berkenaan di peringkat badan perhubungan.

"Saya juga menafikan bahawa penyertaan saya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah bertujuan untuk mengelak siasatan oleh pihak berkuasa," katanya hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan memberitahu Mahkamah Tinggi, tiga Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti dan menyertai BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan diri daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga Ahli Parlimen itu adalah antara ahli UMNO yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU-14.

Individu pertama melompat parti kata Ahmad Zahid, ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seorang lagi adalah menteri mewakili kawasan Jeli yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum PRU-14.

Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, selepas PRU-14, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir 2018 dan awal 2019.

Jelasnya, sebagai mantan ahli Jemaah Menteri, beliau telah diminta memberi keterangan kepada SPRM berkaitan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

Selain itu tambahnya, sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan dana dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didakwa diperolehi daripada sumber 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Pihak SPRM telah menafikan perkara ini pada 20 September 2018 manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu telah memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019," katanya.

Beliau berkata, semua tuduhan seumpama itu berniat untuk mencemarkan reputasinya sebagai ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen.

"Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai BERSATU dan tidak pernah menyeleweng dana Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bagi PRU-14.

"Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan," katanya. - Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad