web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Barang, Gerakan Mahasiswa Tuntut Pemotongan Gaji Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 7:04PM

Kumpulan 20 gerakan mahasiswa berkata tekanan yang dahsyat bakal dirasai masyarakat jika ada lagi subsidi yang dihapuskan dan perkara tersebut perlu dibendung dengan segera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dituntut menangani kenaikan mendadak harga barangan, termasuk melakukan pemotongan ke atas gaji menteri dan timbalan menteri.

Sebuah kumpulan menghimpunkan 20 gerakan mahasiswa dalam satu sidang media hari ini berkata, adalah lebih baik semua menteri dan timbalan mereka menyahut tuntutan itu memandangkan saiz Kabinet yang besar.

Wakil kumpulan yang juga Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam berkata, mereka turut menuntut agar bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat.

"Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi atau dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat akibat kenaikan harga barangan.

“Kami juga menuntut kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada dan tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain,” katanya.

Aliff Naif Mohd Fizam (tengah) mewakili Kumpulan 20 gerakan mahasiswa.
Aliff Naif Mohd Fizam (tengah) mewakili Kumpulan 20 gerakan mahasiswa.

Menurutnya, tekanan yang dahsyat bakal dirasai masyarakat jika ada lagi subsidi yang dihapuskan dan perkara tersebut perlu dibendung.

"Antara cadangan kami adalah untuk meletakkan harga siling yang tepat untuk menyelesaikan isu ini, seperti menetapkan harga siling bagi dedak agar harga ayam terus stabil," katanya.

Aliff Naim berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga dituntut agar mengawal harga barangan dan makanan kafeteria serta vendor di dalam universiti kerana berlakunya peningkatan harga makanan yang mendadak.

“Kerajaan dituntut untuk menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security) kerana isu tersebut adalah masalah yang paling asas dan perlu diselesaikan agar masalah kenaikan harga barang secara drastik tidak berlaku.

"Kerajaan perlu memandang serius dan memberikan solusi jangka masa pendek dan solusi jangka masa panjang kerana ia melibatkan kelangsungan hidup rakyat," katanya.

Jelas Aliff, semua pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa turut sama menggembleng tenaga dalam gerakan ini demi kesejahteraan bersama.

"Ini supaya kita dapat terus membela nasib rakyat secara holistik, sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan," katanya.

Kumpulan 20 gerakan mahasiswa itu terdiri daripada Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KPUIAM), Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), CONGRESS IIUM, VIRTUE IIUM, Demokrat UKM, Demokrat UM, Angkatan Mahasiswa UM.

UMANY, Republican UKM, Idealis Mahasiswa UTHM, Suara Mahasiswa UMS, Kelab Sosialis Universiti Malaya, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).

New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA), Angkatan Demokrat, Mahasiswa Keadilan Malaysia, MUDA Biro Mahasiswa, Mahasiswa Roket dan Mahasiswa Amanah Nasional.- Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar