web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Ayam Tidak Diapung, Subsidi Diteruskan - Ronald Kiandee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 5:34PM

Harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan pemberian subsidi.

Serentak dengan itu, harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Jemaah Menteri itu turut menetapkan harga siling runcit telur ayam gred A pada kadar 45 sen sebiji.

Telur gred B serta C pula jelasnya, masing-masing ditetapkan pada harga 43 dan 41 sen sebiji.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini akan berkuatkuasa 1 Julai dan telah mengambil kira serta diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini,” katanya hari ini.

Dr Ronald Kiandee - Gambar fail
Dr Ronald Kiandee - Gambar fail

Ronald berkata, pelaksanaan berkenaan bermakna kerajaan telah memperuntukkan RM369.5 juta sebagai subsidi buat kedua-dua bahan mentah berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditanggung kerajaan sejak 5 Februari lalu sebanyak RM1.1 bilion.

 “Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan, akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

 “Namun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Jelas Ronald, seramai 8.6 juta penerima bakal menikmati kemudahan BKM sehingga RM2,600 yang diluluskan tahun ini, iaitu tertinggi pernah diberikan mana-mana kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun lalu berkata, jumlah keseluruhan subsidi tahun ini dijangka menghampiri RM80 bilion, yang merupakan terbesar dalam sejarah.

Menurut beliau, kerajaan telah memberi pelbagai subsidi kepenggunaan meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat. – Getaran, 29 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam