web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inkues Kematian Baby Syifa Bermula 22 September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 6:01PM

Yuseri Yusoff (kiri) bersama isteri Anida Idrus hadir di Mahkamah Koroner, hari ini pada prosiding inkues berhubung kematian anak mereka Nour Rania Asyifaa yang berusia 15 bulan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, akan bermula di Mahkamah Koroner di sini pada 22 September ini.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed juga menetapkan 10 dan 17 November bagi prosiding inkues itu selepas kes disebut di hadapannya hari ini.

Prosiding kes itu sepatutnya berlangsung di hadapan Koroner lain, bagaimanapun beliau tidak dapat hadir kerana berkursus.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues memohon mahkamah mengeluarkan perintah interim supaya bapa mangsa, Yuseri Yusoff tidak membuat sebarang perkongsian di laman sosial yang menyentuh peranan mahkamah, peguam dan polis bagi memastikan prosiding inkues itu berjalan lancar.

Rushan Lutfi membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan perintah interim itu sehingga permohonan secara bertulis dikemukakan kepada mahkamah.

"Mahkamah mengarahkan Yuseri Yusoff supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat atau dokumen dalam media sosial atau mana-mana media mengenai kes ini sehingga kes selesai," kata hakim itu.

Peguam Muhammad Amin Anuar dan Gaithri Thomas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga bayi itu, manakala Norliana Ali Othman bagi pihak pengasuh dalam kes tersebut.

Media melaporkan pada 23 Februari lepas, Nour Rania atau 'baby Syifa' ditemui tidak sedarkan diri, selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat asuhan itu pada kira-kira 3 petang.

Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek