web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Siti Bainun: Polis Nafi Sebar Gambar Kecederaan Bella

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 2:07PM

Siti Bainun Abd Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa gambar-gambar kecederaan yang dialami remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang dipaparkan di laman Facebook seorang aktivis wanita, bukan dibocorkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik PDRM, Inspektor Mior Samsul Abd Rahman berkata beliau tidak mengetahui gambar-gambar membabitkan kecederaan remaja itu disebarkan aktivis dikenali sebagai Mona Din di dalam Facebook miliknya pada 12 Ogos 2021 diperoleh daripada sumber mana.

Disoal peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bahawa gambar-gambar itu dibocorkan oleh Mona Din bersumberkan daripada telefon bimbit yang ada pada milikan pihak polis, saksi itu menjawab: Itu saya tidak tahu.

Asiah: Saya cadangkan ketika inspektor membuat analisis pada kandungan telefon bimbit dan menyiapkan laporan pada 9 Ogos 2021, telefon bimbit itu berada di tangan pihak polis sepanjang masa, setuju?

Mior Samsul: Ya, sepanjang masa telefon bimbit itu berada di tangan saya.

Saksi pendakwaan ke-10 itu menolak cadangan peguam bahawa ada pegawai lain selain dirinya yang mengendalikan telefon bimbit tersebut dan membocorkan gambar-gambar itu kepada orang awam.

Terdahulu, Mior Samsul berkata semua barang kes dianalisis mengikut prosedur ditetapkan serta peralatan yang digunakan untuk menganalisis berada dalam keadaan baik.

Mior Samsul dalam pernyataan saksinya sebelum ini berkata pada 22 Julai 2021, beliau menerima permohonan analisis berkaitan kes itu dan menerima barang kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama iPhone bersama satu kad sim Maxis yang dihantar oleh Insp Suhaili Mahad.

Menurut Mior Samsul permohonan pegawai penyiasat dalam kes itu adalah untuk menjelaskan gambar kecederaan daripada video bertarikh 24 Jun 2021.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 54 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad