web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Lok Sekeluarga Hilang Sekelip Mata' - Kakak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 1:02PM

Jenazah salah seorang daripada 5 sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat semalam, dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibawa dan dikebumikan Kg Lubuk Kubung, Kuala Kangsar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tidak pernah terlintas di fikiran kehilangan adik yang mesra disapa ‘Lok’ dalam sekelip mata dan lebih memilukan tiada lagi ucapan selamat hari jadi yang akan diterima seperti tahun sebelum ini.

Siti Jainah Basiron, 45, kakak kepada Allahyarham Muhammad Rosli Ibrahim, 33, yang maut dalam kemalangan bersama isteri serta tiga anaknya semalam berkata kali terakhir dia berhubung dengan adiknya pada awal pagi kejadian.

“Saya ada mesej di WhatsApp Lok semalam dan dia membalas pada 9.27 pagi memaklumkan akan ke Pahang kerana ada urusan di pejabat tanah Pekan sebelum ke Chini yang juga kampung isterinya.

“Kami memang selalu berhubung kadang-kadang telefon atau panggilan video dan kali terakhir kami berjumpa ketika berkumpul pada Aidilfitri baru-baru ini di Kuala Kangsar, Perak,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, Muhammad Rosli bersama isterinya Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, dan anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, dan bayi lelaki Rizqy Ramadhan berusia setahun dua bulan maut di tempat kejadian.

Kejadian tragis itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Corrola dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler. 

Suri rumah itu turut memaklumkan dia mendapat perkhabaran duka mengenai adik kesayangannya pada sekitar 5 petang semalam daripada kakak kedua mereka yang menetap di Perak.

Menurutnya, Muhammad Rosli yang juga pemandu bas dan anak ke-10 daripada 13 beradik sering singgah di rumahnya di Kota Tinggi sekiranya bertugas di Johor.

“Kalau ke Johor arwah mesti singgah rumah kerana kami agak rapat dan hari ini adalah ulang tahun saya ke-45,  tiada lagi ucapan dan doa daripada Lok,” katanya. 

Siti Jainah berkata jenazah adiknya sekeluarga akan dibawa ke Kampung Labu Kubung Kuala Kangsar, Perak untuk dikebumikan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar