web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendakwaan Akan Periksa Balas Zahid, Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 7:59AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan disoal oleh pihak pendakwaan dalam sesi pemeriksaan balas hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pemeriksaan balas bermula hari ini kerana beliau tidak mahu perbicaraan itu terhalang.

“Tarikh (perbicaraan) saya padat. Kita teruskan,” kata hakim. 

Terdahulu, Ahmad Zahid yang diwakili Peguam Hisyam Teh Poh Teik meminta pemeriksaan balas itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan yang ditetapkan pada 7 Julai.

Hakim Sequerah berkata beliau tidak benarkan penangguhan prosiding sehingga beliau membuat keputusan mengenai permohonan penangguhan itu.

Hisyam kemudian meminta permohonan penangguhan itu didengar hari ini dan berkata perlu ada pembelaan yang lengkap sebelum pemeriksaan balas untuk memberi anak guamnya perbicaraan yang adil.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membantah permohonan itu didengar semalam memandangkan pihak pendakwaan tidak bersedia kerana tarikh telah ditetapkan pada 7 Julai dan mereka memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan.

Hakim berkata beliau perlu mengimbangi permintaan kedua-dua pihak dan memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit pada minggu ini sambil menetapkan tarikh perbicaraan pada 4 Julai.

Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dinasihatkan oleh peguamnya untuk memperoleh salinan rakaman percakapan saksi bagi memastikan wujudnya sokongan antara keterangannya dan keterangan mereka, jika tidak katanya hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil akan terjejas.

Saksi-saksi itu termasuk anaknya Datuk Nurulhidayah, adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi daripada SPRM kerana saksi boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan