web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Asnaf Dibantu Ebit Lew Diuji Pula Dengan Kebakaran Kediaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:00AM

2 buah rumah di Taman Sri Taman 2, di Alor Setar, terbakar dalam kejadian pada 5.54 petang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan cekap dan pantas anggota bomba, menyelamatkan 18 nyawa termasuk sembilan ahli keluarga asnaf yang pernah dibantu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew, dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Taman Sri Taman 2 dekat sini, petang semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Syufaat Kamaron, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 5.54 petang dan tiba di lokasi tersebut kira-kira lima minit kemudian.

Beberapa mangsa dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas dengan seorang daripadanya, iaitu bayi berusia setahun dimasukkan ke zon merah.
Beberapa mangsa dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas dengan seorang daripadanya, iaitu bayi berusia setahun dimasukkan ke zon merah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya bergegas menyelamatkan sembilan sekeluarga yang terperangkap dalam rumah pertama.

“Di rumah pertama tersebut, pihak bomba berdepan cabaran untuk menyelamatkan mangsa terakhir, iaitu wanita dewasa. Demi menyelamatkan diri, wanita itu berlindung di bilik air.

“Ketika api semakin marak di ruang lain rumah tersebut, anggota bomba tiada pilihan selain terpaksa memecahkan tingkap kecil yang terdapat pada bilik air itu, sebelum menarik wanita berkenaan untuk menyelamatkannya,” katanya kepada Getaran di sini, malam tadi.

Kesemua mangsa adalah ahli keluarga Ishak Darus atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Aq’ yang tular beberapa tahun lalu kerana hidup dalam kesempitan sehingga terpaksa ‘berhimpit’ seramai 27 orang dalam sebuah rumah usang kotor di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di sini.

Situasi itu mengundang simpati Ebit yang sanggup datang ke Kedah dan menyewakan rumah dua tingkat bagi didiami keluarga berkenaan dengan pendakwah terbabit membelikan perabot serta beberapa peralatan keperluan untuk mereka.

Bomba masih menyiasat punca kejadian dalam kebakaran di Taman Sri Taman 2 ini.
Bomba masih menyiasat punca kejadian dalam kebakaran di Taman Sri Taman 2 ini.

Bagaimanapun, Ishak yang berperanan sebagai ketua keluarga tersebut, meninggal dunia hanya selepas sebulan berpindah ke rumah baharu itu.

Mengulas lanjut Syufaat berkata, misi menyelamat mangsa kebakaran diteruskan di rumah kedua, membabitkan sembilan individu yang berada di dalamnya ketika kejadian.

“Tujuh daripadanya berjaya menyelamatkan diri lebih awal, manakala dua diselamatkan pihak bomba.

“Rumah pertama terbakar 95 peratus dan rumah kedua terbakar sebanyak kira-kira lima peratus. Beberapa mangsa dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas dengan seorang daripadanya, iaitu bayi berusia setahun dimasukkan ke zon merah,” katanya.

Tambahnya, setakat ini punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat. - Getaran 29 Jun 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar