web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Yakin Tumpas Kumpulan ‘Tiger’ Susulan Rampasan Koleksi Senapang Dalam Reban

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 4:28PM

Azmi (tiga dari kiri) menunjukkan senapang dileraikan yang dirampas pihak polis dalam reban ayam di sebuah rumah di Kampung Tumbok, Tanjung Sepat, Selangor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selaras senapang jenis Colt M4 yang dileraikan bersama 69 butir peluru antara rampasan terbaharu ‘koleksi’ senjata api dipercayai dimiliki kumpulan ‘Tiger’.

Senapang terbabit ditemui dalam keadaan dileraikan sambil dibalut dengan plastik lutsinar dan surat khabar, sebelum dimasukkan ke dalam paip PVC yang disorokkan di dalam reban ayam di sebuah rumah dekat Kampung Tumbok, Tanjung Sepat, Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, senjata berat tersebut ditemui susulan serbuan ke atas kediaman didiami seorang peniaga sayur berusia 35 tahun.

Menurutnya, suspek dipercayai ahli kumpulan Tiger dan adik kepada seorang suspek yang ditembak mati pada 18 Jun lalu di sebuah kondominium di Taman Salak Selatan.

“Pada jam 9.30 malam Ahad lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur menahan seorang lelaki di Kampung Tumbok, Tanjung Sepat, Selangor selepas dia dipercayai adalah saki baki ahli kumpulan Tiger.

“Suspek mendedahkan maklumat penyimpanan senjata api jenis Colt M4 bersama 69 peluru 5.56mm di dalam reban ayam belakang kediamannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Susulan penahanan tersebut, Azmi berkata, Polis Kuala Lumpur percaya pihaknya melumpuhkan kumpulan jenayah terbabit selepas menahan 10 individu, termasuk seorang wanita sejak 18 Jun.

Senjata yang dirampas dipercayai dimiliki kumpulan ‘Tiger’.
Senjata yang dirampas dipercayai dimiliki kumpulan ‘Tiger’.

Menurut Azmi, berdasarkan penemuan senjata Colt M4 dan bom tangan dirampas daripada semua suspek, beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan tersebut turut terbabit dalam insiden letupan di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang pada Oktober 2014.

“Mereka mungkin terlibat, namun siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.

Setakat ini, sebanyak tiga pistol jenis CZ 75 Compact, CZ 75 D Compct dan Smith and Wesson bersama sebutir bom tangan dan senapang Colt M4 dirampas daripada ahli kumpulan terbabit.

Pada 18 Jun lalu, seorang penjenayah disyaki mendalangi kejadian samun membabitkan kerugian lebih RM600,000 tahun lalu, ditembak mati dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Taman Salak Selatan.

Azmi berkata, ketika serbuan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis dan bagi melindungi nyawa pegawai dan anggota, pihaknya melepaskan tembakan balas.

“Selepas keadaan reda, polis menemui suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam bilik utama kediaman itu dan pasukan perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan suspek meninggal dunia,” katanya.

Susulan operasi tersebut, D9 Kuala Lumpur melancarkan Op Tiger dan menahan lapan suspek, termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 67 tahun di sekitar Lembah Klang dengan tangkapan terbaru dilakukan pada jam 6 pagi, 20 Jun lalu.

Azmi berkata, kumpulan penjenayah itu dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya 15 kes samun sejak 2009, selain terbabit kegiatan jenayah lain, termasuk bunuh dan pengedaran dadah.

Setakat ini, polis sudah membuka siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan bunuh), Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad