web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasa Tertipu, Pemuda Desak Perancang Perkahwinan Kembali Wang Pendahuluan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:26AM

Mohd Aliff Faithullah dan Nurul Atikah menuntut agar perancang perkahwinan memulangkan semula wang pendahuluan mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis perkahwinan sudah pasti adalah antara hari istimewa paling ditunggu-tunggu pasangan kekasih yang mahu mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, majlis perkahwinan ketika pandemik COVID-19 yang sedang menyerang seantero dunia pula pastinya menjadi igauan ngeri, bukan saja terhadap pasangan kekasih malah ahli keluarga.

Wabak COVID-19 yang mengganas sejak Mac tahun lalu mencetuskan kegusaran kepada masyarakat dan negara sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bawah perintah ini, majlis perkahwinan adalah antara aktiviti yang dilarang, bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada masyarakat, justeru tidak hairan ramai pasangan terpaksa menangguhkan atau membatalkan ‘hari pertabalan raja sehari’ mereka.

Itu nasib menimpa pasangan suami isteri, Mohd Aliff Faithullah Othman, 38, dan Nurul Atikah Muan, 31, yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka gara-gara PKP.

Bagaimanapun menurut Mohd Aliff, apa yang membingungkan mereka adalah kerenah perancang majlis yang enggan memulangkan wang pendahuluan bernilai RM5,000 sedangkan notis pembatalan dibuat tiga bulan lebih awal.

Katanya pada 29 Ogos tahun lalu, beliau membuat tempahan dewan perkahwinan di sebuah kompleks beli belah ternama di ibu negara, sebelum membayar wang pendahuluan sebanyak RM5,000.

“Bagaimanapun, memandangkan kes COVID-19 di negara semakin meningkat, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat meneruskan majlis persandingan.

“Walaupun, pembatalan dibuat tiga bulan lebih awal (22 November 2020), pihak syarikat enggan memulangkan wang pendahuluan berkenaan, sebaliknya menawarkan tempahan dewan bagi apa saja majlis dengan nilai sama dalam tempoh tiga tahun,” katanya ketika ditemui Getaran.

Aliff berkata, syarikat terbabit gagal memberikan sebarang alasan yang konkrit berhubung kengganan mereka memulangkan wang pendahuluan itu.

Pemuda yang bekerja di sektor swasta itu berkata, beliau telah memanjangkan masalah dihadapinya itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tribunal pengguna dan membuat laporan polis berhubung tindakan syarikat terbabit.

“Semua laporan yang dibuat adalah untuk menuntut kembali wang pendahuluan kerana alasan kami membuat pembatalan majlis itu sangat kukuh, malah pada Januari lalu juga kerajaan melaksanakan semula PKP di Kuala Lumpur.

“Kami meminta syarikat terbabit untuk bertimbang rasa terhadap perkara ini kerana kami adalah antara golongan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya. – Getaran, 30 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad