web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Exco Kedah Didakwa Terlibat Penyelewengan Dana Di Peringkat Akhir - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 1:41PM

Shaharom Nizam Abd Manap - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah kini di peringkat akhir.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul segala fail berkaitan sebelum mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kita akan kemukakan kepada TPR untuk peroleh keputusan dan tindakan apa yang sesuai dikenakan berhubung kes ini. Ada banyak tindakan yang SPRM boleh cadangkan kepada TPR, kalau positif kita dakwa tetapi kalau negatif kita akan lihat bagaimana.

“Setakat ini, Exco berkaitan yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan masih belum dipanggil untuk memberi keterangan tetapi kita akan panggil dalam masa terdekat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes  berkenaan.

Pada 17 Jun lepas, dalam laporan media Shaharom Nizam mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.

Katanya berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya mengambil inisiatif menjalankan siasatan awal bagi mengesahkan sama ada terdapat isu pelanggaran undang-undang berkaitan bawah bidang kuasa SPRM.

Terdahulu, beliau merasmikan pelepasan program ‘Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah’ yang berlangsung selama tiga hari dua malam di lima daerah iaitu Padang Terap, Sik, Kulim, Baling dan Kuala Muda yang disertai kira-kira 100 orang peserta.

“Objektif program ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar menolak rasuah dan melaporkan perkara itu kepada SPRM, mendedahkan peranan dan fungsi SPRM serta menyalurkan maklumat kepada orang ramai agar tidak sesekali menawar dan menerima rasuah.

“Kita berharap melalui program ini dapat meningkatkan integriti dalam diri masyarakat untuk memerangi rasuah serta dapat menjalinkan kerjasama erat dan padu antara SPRM dan masyarakat,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad