web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Sudah Siap, MyCC Sedang Teliti Wujud Atau Tidak 'Kartel Ayam'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 12:46PM

MYCC yang diketuai Mohd Hishamudin Md Yunus akan menilai laporan penyiasatan mengenai dakwaan kewujudkan kartel dalam industri ayam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan khas Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menilai laporan penyiasatan mengenai dakwaan kewujudan kartel dalam industri ayam bagi menentukan keputusan dan tindakan susulan berhubung isu berkenaan.

MyCC menerusi kenyataannya memaklumkan, suruhanjaya itu diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.

Ia juga, katanya, disertai lapan anggota pasukan itu yang bersidang semalam untuk membentangkan laporan penyiasatan terbabit.

Jelasnya, jika terdapat bukti kartel, keputusan cadangan di bawah Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 akan dikeluarkan terhadap pihak berkenaan.

Namun, katanya, jika tiada bukti menunjukkan unsur pelanggaran, MyCC akan menutup penyiasatan selaras dengan Seksyen 16 akta sama.

“Setelah keputusan cadangan dikeluarkan, pihak yang berkenaan akan diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan mereka melalui representasi bertulis dan/atau lisan kepada MyCC,” menurut kenyataan itu.

Kemudian, katanya, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir untuk menentukan sama ada berlakunya pelanggaran atau tidak di bawah Akta Persaingan 2010.

“Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC akan mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia dan/atau pengenaan arahan tertentu yang dianggap wajar,” menurut suruhanjaya itu.

MyCC menubuhkan pasukan khas tersebut susulan arahan daripada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam industri ayam.

Isu kewujudan kartel ayam hangat diperkatakan sejak sekian lama yang didakwa menyebabkan berlaku monopoli sesetengah pihak ke atas industri penternakan ayam.

Malah, ketiadaan kawal selia jelas daripada kerajaan dan kekurangan pemantauan pihak berkuasa berkaitan, didakwa menyebabkan tercetus isu kewujudan kartel.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Abdul Halim Husin berkata, bagaimanapun kesahihah perbincangan diperdebatkan sehingga hari ini berhubung pertikaian kononnya industri itu dimonopoli kartel, sukar dibuktikan kerana sememangnya sebagai syarikat gergasi, pihak terbabit akan menguasai pasaran.

Katanya, apa sahaja industri pun, syarikat gergasi akan menguasai pasaran, tetapi malangnya apabila mereka menjadi berkembang dan memonopoli, mereka digelar kartel.

“Benarkan ada kartel dan siapakah mereka ini, kalau benar ada kartel?

“Secara peribadi, saya lebih suka katakan perkataan ‘syarikat gergasi’ berbanding kartel. Mereka ini bermula sebagai syarikat kecil, tumbuh secara organik dan menjadi besar serta menguasai pasaran.

“Mereka ada pada setiap bahagian, bermula daripada Grand Parent Stock (GPS) sehingga pelupusan sisa bulu dan kaki ayam,” katanya – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar