web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Pelajar Ditahan, 'Champion' Curi Honda EX5

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 8:37PM

Motosikal jenis Honda EX5 yang dirampas susulan penahanan 5 pelajar sekolah menengah di sekitar Ampang Jaya, Rabu lalu. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Ampang Jaya ditahan selepas disyaki mendalangi kegiatan curi motosikal yang menyasarkan jenis Honda EX5.

Kelima-lima suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam lima serbuan berasingan di daerah Ampang Jaya, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, serbuan dilakukan bermula jam 6.30 petang hingga 11 malam hari sama.

Dengan penahanan 5 pelajar berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 8 kes kecurian motosikal di Ampang Jaya. - Gambar ihsan PDRM
Dengan penahanan 5 pelajar berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 8 kes kecurian motosikal di Ampang Jaya. - Gambar ihsan PDRM

Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek masih bersekolah di beberapa sekolah menengah sekitar daerah Ampang.

“Kumpulan ini dipercayai menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 dan kenderaan itu dicuri untuk kegunaan harian mereka.

“Mereka didapati mempunyai kemahiran untuk menghidupkan motosikal dengan teknik penyambungan wayar,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya dalam serbuan sama berjaya menemui semula lapan Honda EX5 yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Kesemua tangkapan direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Menerusi serbuan ini, kita percaya berjaya menyelesaikan lapan kes kecurian motosikal di Ampang Jaya,” katanya. – Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi