web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Dapat Jangkitan Dari Luar Negara Meningkat 67.3 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 12:23PM

Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9 peratus bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes import atau pesakit COVID-19 yang mendapat jangkitan dari luar negara menunjukkan peningkatan sebanyak 67.3 kali ganda pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu sebelumnya, jumlah kes import hanya lapan kes namun melonjak kepada 538 pada ME 25/2022.

Katanya, selain kes import, bilangan kes baharu COVID-19 dan kemasukan ke hospital turut meningkat.

“Bilangan kes baharu pada ME 25/2022 meningkat sebanyak 10.9 peratus bersamaan 15,739 kes. Jumlah kes tempatan turut meningkat sebanyak 7.1 peratus daripada 14,187 kes kepada 15,201.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 25/2022 adalah 26,946, peningkatan sebanyak 12.1 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bilangan kematian pada ME 25/2022 pula menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 pada minggu sebelumnya.

Katanya lagi, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 11% pada ME 25/2022.

“Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28 peratus.

“Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 14 peratus manakala bagi kategori 3, 4, dan 5 pula meningkat sebanyak 45 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kes positif yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0 peratus, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5 peratus.

“Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hasil survelan di lokasi sentinel membabitkan pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) bagi kes positif COVID-19 di seluruh negara menunjukkan penurunan.

"Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dalam trend statik sebanyak 6.0 peratus pada ME 25/2022 berbanding ME 24/2022.

“Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 pada ME 25/2022 menunjukkan trend menurun daripada 4.4 peratus pada ME 24/2022 kepada 0.0 peratus pada ME 25/2022," katanya.

Jelas beliau lagi, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ujarnya, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad